Memoir’s of Doyot











{November 8, 2009}   Akhirnya…

Akhirnya, selepas 3 minggu di Saraf berhempas pulas jaga dan belajar dan segala macam, hari ini secara rasminya saya cuti di hujung mingguuuuuuu…yeayyyyyy…haha..pathetic tak?..penat ok x de cuti di hujung minggu..dan selama 3 minggu ok…mmg azab la..Dan hari ini, seperti telah di plan saya, kemas bilik sepenuh hati, basuh baju (tunggu giliran..lom sempat lagi..kesian mesin basuh..semput dia)..study sebab minggu depan examm…main farmville..(haha..ini hari2 pon main)…Masak breakfast iaitu mihun, yang diidam2kan sekian lama..=))

Ok, nak cerita, Raya Haji ni saya tak balik……….huhuhu…..sedih gak la..Ada instinct macam kena masak rendang lagi je..Hopefully UPIMI x panggil aku masak2..haha..opss hopefully AJK x baca entry ni..haha..malas la tahun ni..Penat tahun lepas pon tak hilang lagi masak 4 ekor kambeng ngan sekor lembu..ambik kau..hahaha..Alhamdulillah masa balik hari tu, dapat rasa rendang nenek yg saya makan sekali stahun je..Iye la, dah jarang dapat balik kampung sekarang..Waktu balik kampung hari tu rasa sedih dan rasa terharu dengan atuk ngan nenek…Mungkin sebab atuk dan nenek banyak kasi tips menghadapi realiti kehidupan..Lain je rasa semenjak akhir2 ni kalau borak ngan atok ngan nenek..Atok is the greatest granpa ever alive, and nenek the most amazing nenek ever alive..ok..jgn nanges2..sedut balik air mata..Ok tak mau criter sdih2 sebagai penutup malam ni…

Oh, hari ini, akhirnya saya berjaya menggunakan microwave untuk msak kek yang amat saya idamkan semenjak dari Darjah 4..Kek itu amat sedap..Ala, kek instant je…Tp sedap la juga.hehe…Tak sesuai nak buat menantu betol la budak ni, ada ke masak kek instant..hahaha..pedulik apa..wekkk..Siap boleh jadi mcm marble kek saya buat..haha..Kemudian, ke Rempah Asia dengan groupmates..Makan Nasik Tomato weyyy…hahaha..ngan Air Sirap Limau…Posto posto..saya takkan balik Msia smpi bulan 6 tahun depan..lama tak???huhu..tapi rasanya kalau saya homesick sangat, saya balik kot..hehehe..=p

Ok dokie..that’s enuff for the story of my weekend..I was hoping of watching movies, but ended up nailing myself on study table and read neuro bookss..by nay mean…booksss…uhuhu..till then..=)



{November 6, 2009}   Aku, Klaten dan Haku

Baru balik dari Gym..bertemu abang2 steroid adalah tidak best ok..rasa inferior..haha..lebay.pastu nak dibuat cerita jumpa ngan my personal trainer plak tu..ade ke patut ckp aku dah gem2..hahaha..mmg padan muka sendiri pon..tu la, sape suruh lama sgt tak gi gym.smpai membership dah nak expired baru nak pergi.. Ok blame koas for this..I seriously dont have time to exercise and diet..haha..=p..alasan.

Ok, so minggu ini, Saraf saya adalah di Klaten..suatu daerah yang berada luar dari Yogyakarta. Saya ulang alik setiap hari kira2 60 km sehari. Dan saya berada selama 6 hari di Klaten. Ambik kau. 360 km seminggu ulang alik. Macam nak pergi JB dari K.L. Dan saya tak puas hatiiiiiii stase di Klaten ni, sebab saya tak dapat manikom (maniak kompetensi). Kitorang sepatutnya, kejar skills seberapa banyak yang boleh, tapi disebabkan sistem di Klaten yang menurut saya terlalu overprotected menyebabkan kitorg tak boleh sangat nak sentuh2 patient ni, tak boleh follow up, tak boleh oncall dan segala macam tak boleh. So apa kitorang buat, hanya duduk di poliklinik Saraf dan belajar dari kes kes yang ada di situ. Mujur pakar2 dekat situ baik2. So dapat la banyak belajar. Saya dah tak kisah la orang nak kata saya Manikom aka terlebih belajar ke apa, sebab pada saya, nyawa patient tu lebih penting. Dan saya dengan sepenuh hati nak rawat dan jadi Dr yang baik. IAllah. Maka harus belajar dari sekarang, nanti tak de la masa housemanship terkedek2 nak belajar. Susah tu. Sebab nanti berdiri di atas kaki sendiri.huhuhuhu..Seraaaaaaam

Memandangkan saya membawa motor seorang diri, maka perjalanan saya terasa sunyi jugak la, hanya ditemani angin pagi yang dingin. Pada hari pertama, saya ikut kawan saya, dan kami bertolak pukul 5.30 lagi…ye…5.30 pagi ok..Kemudian, residen yang bersama kami berkata, nanti besok datang jam 5.30, nak periksa pasien sama2(konon2 la). Tapi saya yang degil tetap nak balik kost (read: asrama) saya yang sejauh 30 km itu. hahaha..MAka saya bangun pagi pukul 4, solat subuh (sekarang di Yogya, subuh masuk awal gilerrr), dan pukul 5, saya sudah menghidupkan motor dan membelah kesunyian pagi..Saya morning person, jadi saya tak kisah la nak bangun pagi dan membelah kedinginan pagi itu. Lebih kurang setengah jam, smpai la Klaten..ahaha. do the math. At average my speed will be around 70-90 km/h..According to Dinakren, that was so fast..Seriously,,i like the speed.. I really do. It’s not that Im not scared, but I really like long journey, as I can do lots of thinking while breathing the fresh air.

Sampai di Asrama Koas Klaten, hangin je kalo tengok bebudak ni terbongkang tak bangun pagi lagi dan belum mandii!!!!..Aku dah la bersusah payah datang, boleh plak tido..terus saya bertempik di situ..haahaha..padan muka..Kelam kabut nak mandi..(eh garang gak aku kan..tau tak pe). Lepas tu, pergi poliklinik, blajar2 dengan residen dan spesialis,kemudian baru ke bangsal sebab nak buat case presentation. Waahh..anda boleh bayangkan tak betapa santai (relax) nya stase saraf kat klaten ni..Habis dalam kol 1 tengahari, manalah saya tak balik kan..hahaha..

Esok last dayy…yeayy..habis sudah stase si Klaten, minggu depan saya ujian Saraf..Ok time to study…chow chin chow..



{October 29, 2009}   Saya sehelai koas rajen..=p

Sekarang di Stase (Cycle) Saraf atau lebih dikenali sebagai Neurology. Suka sangat stase ni. Semua residen baik giler…Saya dapat belajar banyak . Tak dela melangut macam orang x de keje mcm kat Bedah tu. Eh mengumpat plak..haha.. x pe bukan orang. Saya dapat residen yang best. Semua residen amat suka mengajar dan menghargai koas. Oh ye. Koas tu maksud die Ko Asisten iaity asistant kepada doktor la maksudnya. Sepatutnya memang macam tu. Tapi selama di Bedah tak rasa macam tu pun. Tapi di Saraf, saya betul2 dapat pegan kes-kes pesakit. Hehe. Biasanya ada nama dr yang merawat dekat board setiap pesakit. Bangga plak sebab nama saya pon ada skali. hahha. Baik betul residen pembimbing saya. Hehe. Nama dr yg merawat: Dr Nor..eh..aku la tu..wooot woot..aku nak pakai nama Dr Nor la sebagai nama komersial…hahaha.boleh plak..habis tu takkan nak letak nama Dr Doyot plak..Giler cacat..

Setiap haridi Saraf aku kena follow up patient. Banyak kes Stroke. Sila la jaga kesihatan diri, stroke atau apa orang Melayu panggil angin ahmar memang boleh menyebabkan kematian. Kalau tak mati, cacat sket kot. Lumpuh sebelah. Kesian tau tengok diorang. Makan bersuap. Lupa2 ingatan. Ialah, bila kena stroke, di kawasan otak yg kena infarction tu mati dan tidak boleh digunakan, dan sifat otak ialah ia tidak akan regenarate semula. Kalau satu sel sudah mati, maka ia sudah mati. Tak macam kulit, boleh regenerate.

Hari tu Dr Damarmo cerita pasal dia kena stroke. Dia super heavy smoker ok. Dia boleh habiskan 3 kotak rokok sehari. Gila tak. Lepas tu dia kena stroke. Nasib dia baik, sebab dia kat hospital masa tu, jadi semua staff dapat ambil tindakan lanjut pada dia. Kalau kena stroke sila pastikan jangan lebih 6 jam..sebab kerosakan setelah itu amat susah nak pulih ke asal. Lebih awal tindakan diambil, lebih baik proses pemulihan. Ok, smabung cerita, nak dipendekkan cerita, dia pon berhenti merokok. Dia cuba cabar diri sendiri, kalau bulan puasa dia boleh tak merokok dari sahur hingga berbuka, boleh tak dia berhenti dari sahur sampai sahur esoknya. Dan ternyata dia boleh, dan dia terus memotivasi diri sendiri sampai sekarang dah dekat 3 tahun dia tak merokok. Hebat tak. Dan dia kata, dia tak perlu nak gantikan rokok dengan nikotina patch ke gula2 ke hape ke. Terus dia berhenti. Dan dia kata, dia nak buat buku lah, Cara-cara nak berhenti merokok. Bagus tak. Semanagat yang patut dicontohi.=)

Ok la ..nak gi mandi dan belajar. Semenjak masuk Saraf ni jadi sedikit rajen..hahaha.riak plak tu.. X dela. Ni sebab saraf kena blaja banyak gila weyy…serius..Minggu depan gi luar kota. Klaten. Nasib baik dekat.muhuhu..



{October 29, 2009}   Nak HP baru plisss

Waa..nak  HP baru..tp nk Nokia N97..hahha….boleh tak..sudah berkata kepada emak..hahaha…cakap je..macam la mak nak bagi..Ade duit byk pon aku rasa pikir 3-4 kali kot nak beli..Sebab..aku sangat careless..clumsy..dan mcm2 lagi la..Tapi naaaaakkk sangat..hehe..Sebabna:

1) die ialah 5 Mp camera phone..Senang nak amik gambar patient case plus nak amik gambar status patient untuk refleksi kasus..

2)Boleh facebook..hahaha…ok x de kaitan

3)Aku boleh baca ebook  dengan Quran…hahaha(ok ini, kalo aku terlalu baik la)..tp memang tu pon tujuan asal sebenarnya..

4)Boleh ber GPS dengan riang gembira..al maklumlah..sekarang sudah boleh bawak kereta..hehe..x nak sesat2 dah..balik kampung leh pakai GPS je..nokia-n97will u be my hunny bunny N97..please say you do..=))

5)Boleh internet and browsing cases and carik journal2 bila kat hospital..Dari melangut tak tentu pasal macam orang tak de kerja..Baik baca facebook journal

ok dah..huhu..Batch 2004 yang dah graduate, dah angkat sumpah..huhu..Lagi setahun lagi weyy..Cuak nak masuk HO..Dengar kawan2 nyer experience masuk HO macam horror je. Ok la..Nak kawen la camni..hahhaha..x de kaitan..=p

 




{September 28, 2009}   PAtah tumbuh hilang berganti

Ewah..lebatnye tajuk..sebenarnya nak memberi kabar berita bahawa hp yang saya hanya dapat pegang selama 1 tahun 4 bulan akhirnya hilang dari genggaman. Dah la kredit masih banyak. Dah la tak mengambil pelajaran dari kesilapan seupaya buat back up numbers dalam tu. Dah la hilang dengan pouch dia skali. Dah la SUSAH GILER NAK BELI HP TU DULU..Serius. Hadiah tu dapat masa harijadi saya. Uhuhu. Sedih sedih. Saya belum buat report polis lagi. Sekarang saya hanya mampu berdoa supaya pencuri tu dilembutkan hati nak pulangkan balik. Denial state again..Depress saya dibuatnya. Sedih la. Walaupun memang berniat nak beli baru, tapi tak de lah sampai hilang. Merajuk betul hp tu dengan saya ye. Huhuhuhu..I will miss u honey bunny ice tea..

nokia-n3110-classicsaje tayang besar2..wlaaupun ia adalah sehelai hp sedikit kuno…tetapi fungsi dia sudah seperti blackberry buat saya..oh ok amat lebai..pokoknya ia adalah hp yang baik dan malang mendapat tuan seperti saya..=(



et cetera