Archive for March, 2008

Kultum

with words we can conquer the world

Sebenarnye, saya tgh nak cube menghabiskan menaip entry ini dlm masa 7 minit. Knape?. Sbb sesuai sgt la ngan tajuk kat atas ni Kuliah Tujuh Minit(Kultum). Sbnrnyer, smlm saya berkesempatan sekali lagi ke Taruna Ibu Umar di Lempungan. Pada kali ni, Ibu umar memberi pengajian ttg tafsir Surah Al-Hujurat. Suka lihat muka Ibu Umar, penuh keibuan, dan raut wajah yg bersih. Sungguh. ok berbalik ttg apa yg saya nak kongsikan dari pengajian ni.

Sebenarnye, Surah Al-hujurat(bilik bilik) juga dikenali sbg Surah Akhlak, sbb dalam Surah ini sgt banyak diterangkan tentang akhlak. Sungguh, kalau nak diikutkan, umat Islam sepatutnya lebih bertamadun dari bangsa lain. Sebab agama kita sendiri dah ada langkah pencegahan dari Runtuh nya budaya moral. Antara intisari dari ayat ni

Ayat 1-5

Dalam ayat2 ini Allah menerangkan adab sopan santun terhadap Nabi S.A.W, begitu juga terhadap ibu-bapa,guru-guru, dan pemimpin. Memang adab berbicara seharusnya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Harus di tengah. Sebenarnya dalam kisah adab sopan ini, perihal orang Arab Badwi yg tidak membiasakan adab sopan terhadap orang besar. Mereka memanggil Nabi hanya dari luar bilik tidur.

Ayat 9-13

Dalam ayat2 ini hal peradaban sesama kaum Muslimin. Jika kedua golongan mukmin berperang, maka hendaklah kita mendamaikannya. Dalam hal ini, bohong diharuskan untuk menyatukan kembali ukhwah tersebut.
Dan tidak ada orang lain yg lebih mulia dari org lain.Atau maksud lain, tidak boleh menghina org lain, sbb boleh jadi org itu lebih mulia dr kita. Warna kulit juga tidak membezakan. Tidak bermakna, kalau kita berkulit putih, maka kita lebih mulia dari org berkulit hitam. Ini dapat dilihat di mana, Luqman al-Hakim dan Bilal bin Rabah adalah bangsa kulit hitam yg disebut2 dlm al-Quran sbg org yg mulia.

Ayat 14-18

Dlm ayat2 ini menceritakan ttg perbezaan Islam dan Iman. Secara zahirnya boleh diertikan sbg Islam pada luaran, ttp iman dari hati. Yang bermakna, kadang2 ada org yg Islam, sembhyang ttp kerana takut atau terpaksa. Tetapi Iman, ialah kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau i’tiqad dlm hati ttg Allah dan Rasulnya.

Ok, itu je yang saya nak kongsi. Semoga bermanfaat.

Nota jari: Mengejar dunia dan akhirat itu ibarat Menanam padi dan Rumput. Jika Rumput yg ditanam, padi tidak akan ikut tumbuh. Tetapi, kalo padi yg ditanam, pasti rumput turut menyertai. Kejarlah akhirat dulu, nescaya dunia akan menurutmu dibelakang.I’Allah.

yeah

with words we can conquer the world

Hari ni saya nak update pasal hari Ahad kelmarin. Saya mmg merancang untuk buat perkara ni lebih kurang seminggu yang lalu. apakah perkara ittew. Sebenarnya, saya dah beli hp baru. Yeay. finally, afta almost 2 years been using the older hp, finally i changed to a much better hp. At first I decided to use the same brand that is Sony Ericsson. But then, the one that i want is not available. huhuhu. But then Nokia 3110 classic is finally my choice. At first K.jim told me to buy the one with 3G. Then i was thinking, with whom am I going to use the 3G. As u know, u can see who’s on the line at the screen ey? Plus i’m not that IT person aka GapTek(Gagap teknologi) hehe. But then, after thinking twice, i decided to buy a simple one, but yet not so simple, but just enuff to not be in the category of simple..ok.. i’m a lil bit flummoxed by saying how simple is simple..hehe..abaikan. The features are ok and up to my satisfaction. Remember it’s a simple handphone.hehe.so for me as long as it can play my favourite songs, then it’s ok.hehe.

But to my surprise, i thought the memory given only 512 Mb, but then last night, when i was cleaning up my sooo messy bedroom, i stumbled upon my hp bag and found another memory card, which makes the expansion of the external memory up to 1Gig..yeay..hehe..how stupid I am of not asking the Salesman about the details.huhu. Alhamdulillah. A birthday present from emak. Thanks emak so much. Actually this is the one i told u guys about the surprise from emak. For me it’s very surprising coz knowing my mom is a thrift person. And I’m saying this in a good intonation. No sarcasm. She won’t let me spend my money on unnecessary things unless it is really really really necessary..But me always membazir..huarghh..Can’t thrift be inherited.?huhu.ok.

And my first intention of buying this hp, is to message someone. And it’s very urgent. thinking of it makes my life miserable. Sorry seems to be easiest word thru text message. i seriously can’t do it thru phone. I will burst out into tears, and the words will mumbling out of my mouth. Kesimpulannya tak mencapai matlamat lah. And after i apologize to ‘dia’. I feel a lot relief.huhu. Perasaan gaduh dengan org mmg x best. serius. ok la..gtg.

Hari ini aku cantik sekali

with words we can conquer the world

For the past 3 days i’ve been crying such a baby. Crying n been doing some useful thinking for the benefit of myself for sure. Rasa dengan sangat merendah diri. Rasa macam ini bukan diri saya yang sebenar. Rasa sampai tak tahu nak buat apa. Rase mcm nak memberontak semua lah. Tapi sepatutnya sebagai umat Islam, tak patut rase mcm tu kan. Sebab hati dengan allah itu sentiasa tenang. huarghh. Rase cam frust ngan semua orang..Serius. Rasa mcam nak quit medic. Rasa mcm nak balik rumah tp tak nak balik rumah. Kesimpulannya perasaan ini mmg tak best. But surprisingly tak de low back pain pulak.yeehaa.

Hari ni mbak Harni kata tak de tarannum. Tarannum postpone smpi biler tah..Huhu. Tapi tarannum ini kelasnya campur dengan laki n perempuan. Paling tak suke kelas campur laki n perempuan. Tambahan pulak ini kelas Mengaji..Err, rase awkward. First of all tu kan kelas Tarannum. Dan suara itu bukan aurat ke. tak tau lah. saya dah rasa berat hati nak pergi. Sungguh. Tapi sebenarnye blajar tarannum ni dari sekolah rendah lagi. suka sangat dengar kawan2 yg blajar tarannum mengaji. Dari situ mmg terbit rasa nak belajar tarannum.

Semalam, untk menghilangkan rasa depress saya pergi shopping..wooohhooo..tp bukan beli ape pon. Sekadar brg masak untuk SISTERHOOD PARTY sket, some stuff for me and kost. Dan balik dari shopping, saya terus pergi ke Kelas Tahsin. Ingtkan ada ujian tahsin. Takde la pulak.huhu. Dah lama la nak tunggu ujian ni. Cepat lah habis. hilang resah siket. huhu.

Hari ni, Toyy passkan surat chenta dari Naul KALAM. Comel la Naul ni. Rase cam nak cubit2 pipi.hehe. Saya masih ingt tag pada tudung die “Awas, Naul lewat.” hehe. Rasa rindu pulak kat mereka2 ni. huhu. terkenang saat buat kegiatan sama2, buka puasa sama2. hermm.Moga Allah megekalkan ukhwah yg indah ini. Amin.

Sanah helwa ya jamilah..=p


with words we can conquer the world

Entry ni saya nak ucapkan trima kasih pada semua yg wish, bagi hadiah n celebrate untuk saya pd harijadi saya yg ke 23 tanggal 21 mac kelmarin.huhu. Dah tue ye saye. tak pe. 23 is just a number, it doesn’t give any effect to me though.hehe. Trima kasih dengan sangat. Moga Allah memberkati hidup kalian juga Fid Dunia wal Akhirah.Amin.

Maulidurrasul

g
with words we can conquer the world

20.03.08

sebenarnya, entry ni patut saya post beberapa hari yg lalu. Tp mcm biase sbbb internet saya sengal, jadi x saya xleh nak buat ape2. Ape2 pon, meh saya criter detik2 manis pada hari Khamis yg lalu.

Sempena sambutan Maulidurrasul kemarin, UPIMI telah mengadakan SaambutanMaulidurrasul dengan tema: Rasulullah Dalam kenangan. Antara acara yg dianjurkan termasuk Kuiz Sepagi bersama Rasulullah, Puisi, Dan Forum. Dalam pertandingan kuiz tersebut ada 6 kumpulan yg bertanding. Terbit rasa rendah rendah diri pula, sbb yg masuk pulak byk dr skolah agama.huhu. ciut hati ini. Kumpulan saya nama Soutun Nisa’ yg bermaksud ‘suara permpuan’. Hehe, pada asalnya panitia kuiz tak bagi semua sama gender, harus campur laki dan perempuan. Tapi saya x kira, saya lebih suke perempuan semua. hehe. Saya ada pendirian saya sendiri. Jadi la ahli kumpulan saya Pong, Aqilah dan saya sendiri.

Beberapa hari sebelum pertandingan, sy x de lah nak masuk sgt kuiz ni, sbb saya pon x yakin boleh jawab. Tp saya beli jugak la buku Sirah Nabi di Pesta Buku.hehe. Habis semua buku2 yg berkaitan yg ada dlm simpanan sy keluarkan untuk dibaca. punye la semangat. Ada peristiwa yg menyebabkan saya bersemangat sbnrnyer. Jadi strategi kumpulan kami, ialah membahagikan tajuk. Sebenrnya saya dah biase dengan strategi ni dari skolah lagi. Teringt kuiz dengan Ustz Najmi. hehe. Kemudian baru kami berbincang sesama sendiri. Siap buat short notes lagi tu. Stay up summore. Pergh, kesimpulannye mmg pulun habis la kami.

Knape kami pulun.hehehe, sbb ade org2 ini yg sgt berusaha mencabar kami untuk menang.hahaha.kalau ingt balik mmg klakar sungguh. Sila baca kisah mereka di sini.
Dan inilah yg menyebabkan bertambah semngat untuk membaca. Walaupon Yek kate, ” Kiter bukan niat nak menang, tp niat nak dapat Ilmu”. Huhu, tp tidak dengan saya, saya berniat untuk menang dan dapat ilmu. We Fight To win.hehe.

Masa hari pertandingan, kami bercadang untuk pakai blazer, sbb Grup Nuar pon kata nak pakai blazer, tp kesudahannya grup saya je yg pakai. Ya Ampun malu nye.huhu. Tp kami pakai je sbb dah bawak. Dalam pertandingan ini ada 3 pusingan. Pusingan pertama ialah pusingan individu, Pusingan Kedua dan Ketiga berkumpulan, tetapi dlm pusingan ketiga ada cagaran markah.

Pada pusingan pertama sebenarnye kumpulan kmi dah agak ketinggalan markah, tp kami berjaya kejar pada pusingan kedua dan seri dengan kumpulan Imran 07. huhu. dalam pusingan ketiga pulak, saya dah pasrah dah dengan kedudukan kedua sebenarnye. Dalam hati saya berkata, hanya kuasa allah je yg boleh menangkan kami. huhu. Tp Alhamdulillah, detik2 terakhir menyaksikan perjuangan kai tidak sia2. Kai berjaya mendapat tempat pertama. walopon menang tipis, tp kami tetap gembira, dan bagi saya itu adalah Hadiah termanis untuk hari jadi saya yg ke 23.

Hamdan wa shukran ala Ya Rabbi.=)

Entry sepoi sepoi

with words we can conquer the world

Tepat jam 3.45, saya sudah siap untuk pergi mengaji aka tahsin di Masjid Mardliyah. Saya sampai lebih kurang jam 4. Sempat saya mengisi minyak motor saya dahulu. Banyak pula kereta dan motor2 hari ini. Umat manusia yang ibarat buih lautan ini terus ke destinasi masing2. Seperti tidak menghiraukan orang sekeliling. sibuk betul. Dan saya terus meluncur laju ke steseyen minyak berdekatan. Tak ramai orang. Bagus. Cepat siket. hanya 10 rb rupiah dah penuh tank saya. Cukup untuk 2 minggu ulang alik ke sekolah. Kemudian baru saya bergegas ke Tahsin. Sebab kalau saya terlambat kena Iqab(hukuman). Walaupun hukuman ringan, tapi rasa seperti tidak berdisiplin pula untuk datang lambat.

Setelah tunggu 5 minit kemudian, barulah saya nampak kelibat Ain junior saya, dan setelah itu baru Belle,dan Iman muncul. Petang itu hanya kami berempat. Tidak seperti selalu ada lebih kurang 8 orang atau lebih. Jadi pengajian tahsin tetap dilanjutkan bersama Mbak Husna. Suara Mbak Husna yg lunak begitu menyegarkan dan menyemarakkan saya untuk belajar tahsin. Hari ini kami Talaqqi dari Surah At-Tin sampai Al-Ghasyiyah. Praktikal setelah belajar teori pada mid sem lepas. Alhamdulillah, rasanya pembacaan kami bertambah baik. Cuma mungkin Mbak Husna di usik syaitan mata yang mahu memusnahkan semangatnya untuk mengajar kami, menyebabkan beliau sedikit ngantuk. Saya dan rakan2 yang lain tetap bersemngat. Setelah talaqqi, kami lanjutkan dengan Review Tafkhim(menebalkan) wa Tarqiq(menipiskan) huruf2.

Lebih kurang jam 5.15, pengajian pon tamat. Saya tidak berlengah lagi untuk pulang. Suasana MAsjid Mardliyah telah bertukar suram. Awan mendung berarak laju. Tidak banyak motor kelihatan di Masjid Mardliyah harini. Banyak yang mudik(pulang) kali. Saya terus menunggang motor dengan penuh hati2. Saya selalu ingat pesan K.jim, “jangan lupa baca ayat Kursi sebelum bawak”. Walaupon saya dah lama bawak, tapi rasanya saya masih ada sedikit perasaan takut untuk bawa motor. Dan disebabkan itu, speed saya hanya sekitar 40-50 km/j. Pengalaman lalu menjadikan saya serik untuk bawak laju.

Hari ni memang agak meletihkan juga sebenarnya. Saya ada banyak materi untuk dibaca. Persiapan kuiz MaulidurRasul, Tahsin (exam), Lab Pathology klinik yg banyak. Dan mak saya ada satu kejutan pula untuk saya. Tapi saya akan ceritakan itu di lain entry.hehe

kakak..=)

with words we can conquer the world

Alhamdulillah, internet di rumah saya dah kembali pulih selepas tenat hampir seminggu. Dan hampir seminggu itulah saya x dapat update blog keji ni. alasan.hahaha. ok lah back to ape yg saya nak citer. sbnrnyer entry ni patut di post beberapa hari yg lepas, tp ia ialah mau gi mana lagi. Internet nya juga lagi masalah. jadi ga’ apa2 deh. dilanjutin aja ya..hue hue..

Sebenarnya, pada tarikh 9/3 kelmarin ada detik Sejarah yang tersendiri buat saya. Rasanya kalau saya tak lihat status YM Nk n Aini, mesti saya akan melupakan tarih itu. Apa yang significant nya tarikh ini?. Sebab, ini adalah tarikh saya masuk TKC sbg 2nd intake. Tp saya tak nak cerita pasal mcamaner life as junior yg hectic or watsoeva. Tapi entry kali ni saya nak cerita pasal seseorg yg memberi makna kpada saya sebagai seorg junior iaitu CS saya Kak Nazia. CS atau pon College Sister menjadi tradisi kolej sejak dahulu lagi. Sistem CS begini, seorg kakak dari Form 5 akan mengambil seorg adik angkat dari Form 1.Kakak angkat ni akan jaga adik die la untuk survive kat kolej. Pada asalnya, Kak Nazia saya dah ada seorg adik angkat yaitu Khairiyah aka Kennok yg dikongsi bersama seorg kakak yg lain. Sebab pada masa itu, bilangan Form 1 mencukupi. Setelah 2nd intake dtg baru Kak Nazia tak berkongsi CS, and die dapat saya.

Terus terang andai diputar semula masa saya ke Form 1, saya nak sangat jadik CS yg terbaik untuk Kak Nazia. Saya masih ingat pada kali pertama saya jumpe Kak Nazia. Sungguh, die amat baik. Cakap pon sopan. Hehe, dan die sangat tinggi ok. Mungkin sebab masa tu saya msih Form1 n mmg kecik pon.hehe. Family saya semua sangat suka Kak Nazia. Terus terang, saya mase tu seperti ‘cold nodule’ sbb sy rase mmg patutnye beliau bersikap begitu sbb dh jadi t’jawab die. Die yang menangis bile parents saya meninggalkan perkarangan kolej. Saya masa tu buat tak tahu je. Sebab dalam hati saya berkata ” Ala, nnt jumpe jugak”. Huhu. Saya tak nanges sehingga hari ke-3 di kolej. Masa tu baru saya rasa azabnye duduk SBP.

Kak Nazia saya tak pernah marah saya yg mana menjadi kelaziman jugak la untuk seorg junior dimarahi senior. Dia memang lain dari yang lain. Dari hari pertama saya masuk, tatkala kawan2 saya bertanya “Siapa CS?” dan jawapan saya Kak Nazia, mereka mesti berkata. “Bertuahnya awak dapat Kak Nazia.die mmg baik”. Serius saya bangga but in the same time, saya mcm tak berperasaan. Geram nya dgn diri sendiri bile ingt balik . Die yang ajar saya semua rules kat Kolej dari cara nak jumpe warden sampai cara nak hantar dobi. Pon die, slalu beratur dengan saya untuk ambil share,and die ambilkan or sendukkan nasi or air untuk saya. Waah kalo teringt sekarang mmg terharu. Sangat. Kennok kawan saya mmg jeles habes la sbb saya dapat Kak Nazia. Saya masih ingt lagi mase kak Nazia bawak saya dtg round kolej untuk tunjukkan kelas2 lab, dan sebagainya. Die jugak yg ajar cara nak bagi Salam kat Seniors. Kadang2, kalau die nampak saya dari jauh, die yang akan hai kat saya. Haha, dan say pulak yg rase malu, sbb kawan2 saya yg lain sumer pandang n gelakkan saya..hahaha.

Rasanya, mcm die byk manjakan saya sepanjang ingatan saya di kolej. Dan saya sepanjang setahun itu seperti tak berperasaan. saya pon tak faham dengan jiwa saya waktu itu. Saya masih ingt, waktu Cross country, die yang tak bagi saya masuk, sbb katanya saya baru je masuk. Padahal, junior 2nd intake yg lain hampir semua masuk sbb CS mereka suruh kecuali dengan alasan Kesihatan. Huhu.Dan die jugak yg backing saya waktu saya kena marah ngan Senior 2nd year. saya mase tu mmg masih takut2 lagi, jadi saya tak lah menceritakan perkara tu kat Kak Nazia. Pertama, saya tahu kalau kak nazia marah balik Senior tu, mesti Senior tu yang akan marah balik saya. Kedua, saya tak rasa kak nazia perlu tahu. Maklum, banyak perkara saya lebih suke settle sendiri. Sifat anak sulung kot.huhu.

Masa saya ‘homesick’ pulak die yg beriya2 pujuk saya. Sangat. Tak puas2 die pujuk sy jgn quit kolej. Lama jugak la saya homesick masa Form 1. Saya agak2 dlm setengah tahun kot.hehe..kok manja buanget kamu doyot.ok lah cam panjang giler dah ni. Tp saya nak citer sifat saya yg cold pada die. terus terang, sepanjang waktu Form 1 tu, saya rasa saya banyak tak appreciate die sbb saya ada banyak kakak angkat. Ok how about this I got 1 sister of Form 2, 1 sister and 1 Secret Admirer of Form 3, 2 sisters of Form 4 and 2 sisters of Form 5. So total I got 7 kakak angkat.huhu. kalau campur kak Nazia ade 8 la. banyak ek. Apsal banyak.ok2. Memandangkan saya rase Starter2 saya aka Kakak angkat ni tak kan bace blog ni maka saya ckp la..hehe. 1stly saya mmg suke pon.hehe. 2ndly sbb diorg senior, so sy tak rase saya boleh tolak biler mereka approach saya untuk jadik adik angkat. Comel sangat ke saya ni, sampai nak jadik adik angkat bagai..hahah..ntah..no komen.hehe. Dan disebabkan itu, saya pon byk spend masa ngan kakak2 angkat ni.huhu Pass notes.hadiah and stuff. dengan Kak Nazia, saya mcm tak berperasaan je.huhu. Tp saya still bagi die hadiah la, sbb rase cam berat sbelah pulak.huhu.Jahatkan saya. Macam kacang lupakan kulit. Padahal kak nazia yg tolong saya mcam2. Die yg banyak habiskan masanya untuk tunjuk ajar saya. Tapi saya buat tak reti je. Bukannye Starter2 saya pon yg tolong. huhu.

Kemudian, biler hari perpisahan sbb dah habis sekolah, baru sebenarnya saya start rase appreciate kak nazia. Tp tu semua dah terlambat. Sangat terlambat. Saya pon tak pasti bile lagi saya boleh jumpe kak nazia. Tp ditakdirkan Allah, masa saya kat ASASI, die pon belajar di UM jugak. Masa saya nampak die jalan, saya tanya kawan saya yg TKCian jugak ” tu kak Nazia ke” “Erm, bukan rasenyer”. Tp tah hati kecil ini terus berkata, itu mmg kak nazia. Dan kali kedua saya jumpe die baru saya tegur dan bertanya khabar. Dan dia masih tetap seperti dulu. Alhamdulillah die tak berubah. Dan saya sangat sayang die. Sekarang ni, die lanjutkan pelajaran atas tajaan kerajaan UK dlm bidang Genetic.humph humph..saya pulak yg bangga,heheh..

Nota jari: Hargai org sekeliling anda, sbb silaturrahim adalah punca rezeki.