Archive for April 3rd, 2008

Black

with words we can conquer the world

Sebenarnya, kelmarin itu saya nak tukar layout blog ni. Asyik hitam je. Huhu. Tapi Kuden kate, “Let it be black. Hitam itu Misteri. Doyot kan misteri”. Saya tergelak. Misteri kah aku??hahaha. Tapi apa2 pon saya masih belom menjumpai layout yg sesuai. buat masa ini, masih nak mengekalkan layout hitam ni. Saya yg misteri. Mungkin ada betulnya jugak kot apa yg Kuden cakap. Saya kadang2 rasa saya x revealkan pon apa yg sepatutnya saya revealkan. Ada perkara tu saya lebih suka simpan dalam hati. Walau macamana rapat pon org itu dgn saya, kalau saya x nak bagitahu, maka ia akan terus jadi rahsia. Tak hairan, kalau ada rakan2 saya masa sekolah menengah yg x tau sesetengah perkara tentang saya. Sometimes benda tu general, tp saya x suke org lain tahu. Hahaha.. saya yg pemendam. Biarlah. Tak mengganggu hidup org lain pon. Buat ape nak tau. Buat hal masing2 sudah. Nak kata saya pendiam pon, saya x kisah. Nak kata saya jahat pon x kisah. Nak kata saya apa2 pon katalah. Tapi saya tahu satu perkara, Allah lebih Mengetahui saya.

Hitam definitely is not my favourite colour. Kat rumah nenek saya ade kucing hitam, nama die Blacky. Saya yg bagi nama tu. sampai sekarang lekat nama blacky tu kat dier.mmg black betol. Xde tompok2 putih pon. Blacky dulu cinonet je, skrg biler dah jadik mak org, jadik debab sikit. Ape lg nak citer pasal hitam, oh ye. Kereta di rumah warna hitam. General colour la untuk kereta kan. Nampak cantik siket. Hp saya kaler hitam. Byk plak benda hitam. Dulu di Asasi saya akan pakai baju kaler hitam hampir setiap hari Jumaat..kenapa..haha.Zam tahu kot ni.

Banyak definisi tentang hitam. Ade yg kate hitam itu kemas. Hitam itu Unggul.Hitam itu hitam lah. Hitam itu menyerap cahaya. Haahaha, dlm tutorial saya ade org nak Super Power ni. Super Power Hitam, sbb menyerap cahaya.hahaha.lawak2.Pawaah(bc:power) tuuu..Super Pawaahh.Ada yg x suke jugak hitam ni. Ada yg kata hitam itu pembawa sial(tah mane dtg pon, x tau. Warna x bersalah. jgn salahkan warna.) Ada yg kata hitam itu kotor. Ada yg kata hitam tu menandakan ketidak apa-apa lg tah. Tapi tidak semua perkara hitam itu negatif. kalo kite berfikiran positif, mesti kiter akan jumpe byk kepositifan hitam ni. Macam Habbatus Sauda’. Biji Hitam yg menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Hajarul Aswad, yg batunya wangi utk dicium, tp batu ni x membawa apa2 manfaat pon. Sekadar mengikut sunnah nabi.Maka dapat la pahala. Awan hitam, memnandakan hujan nak turun. Kopi hitam, maksudnye kopi tu sedap la kot. Rambut hitam bersinar, maksudnya rambut tu sihat. Kalau kulit hitam berkilat pon, ade jugak manfaatnya, mengurangkan risiko skin cancer. Jadi ianya subjektif. Terpulang kepada andaian masing2.

Nota jari: esok saya start kelas tarannum.huhu.Adakah gabung, saya pon x pasti.