Archive for June, 2008

Iron chef

Alhamdulillah, baru sahaja habis menjawab saoaln Anatomy Neurology yang dikatakan killer subject itu. Selesai menjawab dengan flying colours of mine.hehe. Rasanya untuk Anatomy kali ini, saya paling pulun berbanding Subjek2 lepas. Kata killer subjek, kena study mati mati sket la.hehe. Tido 2–3 pagi, bangun, sambung lagik studi. Tentiran Anatomy yang entah brape kali tah saya ikot. Notes yg berwarna warni. PAgi tadi saya bangun awal, mandi jam 5 pagi. Kemudian pakukan diri semula di atas kerusi meja, menghafal anatomi kembali. Di kala bosan, tengok tazkirah Ustaz Azhar Idrus. Ustaz ni kelakar dan best. Hilang rasa tension studi.

Hari ini pula, adik2 di rumah saya sangat bizi. Kenapa ya?. Mereka sangat bizi membuat nasi tomato and ayam masak merah. Waah.Bestnyer. Makan2 sbelum balik ya?.hehe. Saya jadi teringat, yg saya sangat dah lama tak masak2 untuk isi rumah saya. Last time, yang saya ingat adalah, err, masak adalah Ayam Cabe Ijo November lepas..waah.lama betol. Seriyes sangat lama. Dan untuk senior2 pula kali terakhir adalh bulan April lepas, Buat Mi KAri. Waah, wajib buat msak2 untuk semua sebelum balik ni. Kalau dahulu, rasanya hampir tiap2 minggu masak yang best2. Bila tengok gambar di fotopages pula, byk betol saya ambik gambar makanan..ok2. Recap apa event masak memasak ni.

2005/2006 (1st year)

Masa ni Along tak jadik istri orang lagi.hehe. Kami masak nasik goreng. Meggunakan kuali nipis tu. Eyy, kuali tu sangat nipis, smpi kalau panas kan kuali, mesti berbara.huhu.

Kemudian, ajak Nuar, Kuden, n Jas for the first time makan kat sini. Kengkonon family QAS la. masa ni belum wujud brotherhood lagi. So semua orang natural termasuk la.haha. Simple je Menu masa tu: Sambal Ikan, sayur, and agar2, kalo x salah. Kemudian, sejak dari tu, slalu lah kami makan sama2 kat sini. Asal kitorang masak je, mesti panggil diorg. Masa tu, adik2 angkatan bawah belom datang lagi. Begitu juga di bulan puasa, tapi tak sangat la.

2006/2007

Rasanya,perkara pertama yang kitorang buat untuk adik2 angkatan bawah ialah Yasinan, sempena mereka pertama kali datang sini. Hampir satu batch la jugak datang. Meriah. Mujur rumah kami 2 tingkat dan agak luas. Masak Ayam masak kari, sambal bilis. Dan sayur err kobis kot.Kemudian membuat farewell dinner la konon2 untuk grup Pong. Mujur k.jim ada sekali waktu ni. Kalau tak penat jugak nak buat menu banyak2 tu.huhu.

Kemudian, saya mempunyai regu yang sgt suka memasak juga iaitu Faz. Dan semenjak itu, bertambah2 la aktiviti memasak kami. Maklum la, dah 7 org masa tu. MAka kalau masak tu meriah la siket. Di tambah lagidengan kehadiran Kuden, Nuar, n JAs. KAlau bulan puasa lagi la. Nuar mencipta sejarah bila die berjaya masak Sosis sambal (hehe,teringt skolah plak saya kalau makan sosej sambal ni).

Paling tak menahan, bila kena buat masak2 untuk raya haji plak tahun tu. Memandangkan rumah saya sangat berhampiran dengan rumah umno, maka tenaga kerja dari rumah saya diimport ke rumah UMNO. Buat kari kambing(Aziz nyer korban), and ayam masak merah. Masak with k.hazar, K. Azi and adik2 yg lain. Wee..Berjaya jugak wat kari kambing ittew. Alhamdulillah, daging kambing tak berbau.

Kemudian, buat mi beach party kat Pantai Teleng Ria..Buat bbq untuk satu batch. And bawak NAsi impit la, dan segala mcm jenis makanan la. Pergh, penat giler time tu. Sbb pantai tu sgt jauh ada lah dalam kira2 5 jam ke sana. And the whole batch joined it.Pheww. Tapi best sbb pergi ramai2.hehe.

Kemudian, berjaya memasak mi kari for the first time. Special thanx to K.jim for teaching me how to make special mi kari. Marvellous.

2007/2008

Ni dah 3rd year. Tahun ni paling seru or paling best sbb kami berjaya masak2 untuk bulan puasa almost everyday. hebat la u all…haha. . Bermula era sisterhood and brotherhood. Dan selanjutnya, saya dah sangat jarang nak masak2 lagi. huhu. Bizi la konon. Tapi tak pe, sbb saya dah dtg mood balik nak masak2 secara massal.hehe..Wait ya..

Ok lah. got to sambung balik mengemas bilik. And nailed myself to study mode.

Advertisements

Hate Mode

Haha..saya sangat dalam keadaan tidak tenang dan sangat stress..knape..sbb esok anatomy..bukan ittew sahaja, remedial plak tu. Dan bukan ittew sahaja. Ada exam blok lagi..byk plak tu nak baca..Neurology plak tu.

Tapi sebenarnya bukan ittew sbb die saya dalam hate mode. Tapi dek kerana hari ini saya mendapat 2 ym message yang amat tidak menyenangkan. Betol la orang kata, hati perempuan di mulut. Ye, saya kalo x puas hati saya cakap je.

Mesej pertama: ckap pasal pointer. benci ok..x yah la compare2 kan. ingt aku x pnah ppedulik ke pointer aku brape. so fish off..

Mesej kedua: ko dpt kawan medic baru.Fish off..that person is the last person on earth i want to hear entering med school. Dah la berlagak. Perasan bagus..Macam harammm..Seriyes macam haram..

Mesti korang kate aku psycho kan, tak leh tgk org senang ke hape ke..Pedulik ape aku. Seriyes hati tgh dilanda kegeraman amat.Geram..KAlo nak ckp menda yg menyakitkan hati baik x yah ckp..

Dan dalam keadaan geram itu saya sangat menjadi seperti org yg tidak tahu erti bersyukur. Dalam banyak2 doa yg saya masih ingt untuk masuk Universiti ialah ” Ya Allah biarlah tempat yang kau peruntukkan untuk aku, menjadikan aku lebih dekat kepada-Mu”. Dan Alhamdulillah, byk perkara yg syaa dpt, yang saya tahu saya x kan dapat di Malaysia atau mungkin mana2 tempat lain selain di sini. Jadi dengan itu saya bersyukur..Allah knows what’s best for us. So why should we complain.

Who do you think you are

I read this one article at NST this morning about a deaf biker’s passport stolen. Read more here.

Well, I just can’t stand why can’t certain people let other people live happily. Don’t u feel guilty to steel somebody’s happiness. Seriously. That old man is about to finish his tour and yet he can’t do that because all his documents, passport and camera were stolen while he was asleep. Come on. Don’t u know how much it takes to give a tour at 63 countries with motorbike. He’s deaf btw. Be courteous Malaysian. We are developing country but not developing mind. Grr..And because of that, he couldn’t get the Guinness Record Award, and that’s very pathetic. Ok. Enuff of nagging here. Got class to go. Pity that old uncle.=(

PERMAI 08

Pada 23 MEi yg lalu, satu aktiviti telah dianjurkan oleh UPIMI, IMAN dan PKPMI. Perhimpunan Mahasiswa Islam di Indonesia ini adalah aktiviti yang julung2 kali diadakan di Indonesia. Bertempat di Taman Eden, Kaliurang, seramai 120 pelajar telah mengikuti program ini. Pelajar2 yg datang adalah dari, Jogjakarta selaku tuan rumah, MAkassar, Jakarta, Bandung, dan Surabaya. Program 3 hari 2 malam ini mengambil ‘ 7 habits of highly Effective Mukmin’ sebagai Modul Permai. KAmi menjemput Ustaz Hasrizal dan Ustz Fadly Riza sebagai penceramah.

————————————————————————————–

ok dah..saya dah x mo being skema la hape la.meh sini saya citer. sebenarnya, program ni saya baru dpt tau dari awal2 tahun 2008. nak percaya pon ada, x nak percaya pon ada. Ye la, sbb first time la katakan. Dulu, saya slalu saya fikir, knape la student2 kat Ireland and luar2 negara mcm byk je aktiviti berkumpul diorg. Dengan PUISI la PERISTIWA la, Golden week la..semua mcm best. tp semua tu saya x rasa di sini. Tp Alhamdulillah, dengan program ini la dapat kumpul anak2 MAlaysia di Indonesia. Walaupon x semua bahagaian yang menyertai, namun meriah tetap dirasakan.

Pre-PERMAI

Untuk program PERMAI kali ni saya menjadi Panitia PEralatan dan Cenderamata mcm haramm.. Saya pon x tau lah nape mereka2 meletakkan saya kat bahagian ni. Saya dah la x kreatif nak buat menatang2 seprti t-shirt, keychain, tag, banner,cenderamataa dan sebgai nya la yg anda boleh klasifikasikan sbg peralatan dan cenderamata. Tp x pe, sy yakin saya boleh.haha. Nak jugak bljr benda baru. Saya blaja cmner nk wat t-shirt..susah jugak nak wat t-shirt eh. Kena design la, ukur saiz la..Yang buat saya tak tentu arah bile, peserta2 x hntr lagi pesanan diorg. So cmner nak hntr kat org kedai. MAsa tu mmg gelabah maut la.sbb ada lbh kurang seminggu je nak start PERMAI. huhu.kemudian di saat2 akhir plak, saiz x memuaskan hati, terlabuh la, lepas tu bile dah siap yg peserta terkecik la, padahal dah naikkan 2 saiz dr asal..ahaha..x pe, tu sumer pengalaman kecik je kan. See on positive site, dapat blajar bersabar, and deal ngan org2 mcm ni..

I am so fortunate mempunyai ajk2 yg best sbb mereka byk dah tolong. Buat banner, keychain..and stuff, saya tinggal wat t-shirt haram tu je. Thanks ya adik2. u guys rock. ALhamdulillah byk yg berjalan lancar dari tidak.

1st Day

Saya naik kaliurang pakai Skuter saya. Ya ampun agak full blast jugak la masa nak naik gunung tu, nasib baik skuter saya gagah perkasa. Saya konvoi dengan Anep, Wali, Hamid, Toy n Tikah Jr. Saya la yg paling belakang skali.huhu..kesian mereka2 terpaksa menunggu saya. Tp alhamdulillah semua ok. Naik je gunung tu dah terasa sejuk, telinga pon dah bengong2 sket. tp so far tu mmg pengalaman yg best untuk naik motor..I luv motor ride..haha.

Dah smpi atas, tgk bilik, ok la..Air sejuk giler wei..kebas kulit bile mandi. After tmpal2 senarai nama peserta, tunggu peserta dtg. lmbt plak diorg ni smpi.huhu. Dlm kol 5 kot baru la diorg smpi. kelam kabut ko.huhuhu..

Malamnya pula, program bermula dengan Ustaz HAsrizal. Best giler tahap 5 bintang la ngan ustaz hasrizal.hehe.lain kali dtg lagi ye ustaz. Alhamdulillah selesai hari pertama. Tak semua yg hadir hari pertama sbb ada kelas.

2nd Day

Hari kedua di mulai dengan aktiviti outboung kecil2. Kumpulan saya bernama Asma’. Dlm aktiviti ni kumpulan kami kena buat yell2. Nak dibuat cerita, sebelum kami dilepaskan pergi untuk aktiviti yg dah di set oleh panitia outbound, kami kena lalui ujian2 la konon2, sape yg dapat pergi first..haha.dan kumpulan kami la yg terakhir skali yg dilepaskan pergi. knape? sbb kumpulan kami paling keren(bc:cool).hahaha. Yell2 kami paling keren, Grup terpantas masukkan pensel dlm botol. saya hepi ngan grup saya.haha. KEmudian nak dibuat cerita route yg kami lalui pulak salah. bukan salah kami, tp ada arahan yg salah, berputar2 lah kami mencarik hala tuju..dekat stgh jam jugak la sesat.huhu. tp x pe.best sbb dapat lihat alam. Asap keluar dr mulut oo..jgn memain.hhaha.Sejuk plak tu. saya akan ingt ni slalu .Bulat2 Manja.hahaha.

Slps hbs program tu, sambung modul ngan Ustaz hasrizal, and Slot ngan ustaz Fadly Riza. waktu malam, sambung ngan ustz hasrizal. Nampak agak ramai dibuai mimpi, walopon ustz buat lawak 5 star. huhu. Penat kot, sejuk plak tu.

3rd day

Hari ke-3 adalah hari last. Dan program ni berakhir jam 12.30 tghari. Sedih nk berpisah ngan depa. Seriyes. Kejap sgt. Amik2 gambar sat, pastu dah depa balik. x sempat gi jalan2 ngn depa.

Last word

  • saya jumpe kembar saya, Maisarah dr MAkassar. Mereka berkata kami kembar.huhu
  • Jumpe k-own. baru tau k-own kat Jakarta (Senior dr TKC)
  • Jumpe Khadijah yg saya adore muka die sbb cantik sgt, yg rupa2nya adalah Junior saya di TKC. Saya tahu pon lepas hbs program PERMAI. Tp die Form 4 baru la.Sengal kan saya.mane kenal wey. Die Red House. I was blue house.huhu
  • Tp yg paling best sbb dapat jumpe Ustz Hasrizal live. Selama ni asyik bc blog dier je.
  • Jumpe di PERMAI 09. di mana yaaa??.

MOviNg out

with words we can conquer the world

I am officially move this blog to www.doyotcomcom.wordpress.com

Doyot Me and I (ii)

cont..

7 perkara yg menakutkan kat dunia ni

1) Gempa bumi lagi. Sudah2 la 27 Mei tu. Perasaan takut yang teramat. Kalau itu ialah kiamat kecil, saya x tau lah. Masa tu memang teringt betol, amalan2 yg saya belom lakukan. Solat taubat. Minta maaf kat semua orang.huhu..takut sangat. Sampai sekarang terasa ketakutannya. Cuba bayangkan mereka yg kehilangan orang2 tersayang masa tu..Nauzubillah..Moga Allah menjauhkannya dari kite semua.

2)Accident lagi for the 3rd time..1st time, dlm kereta masa form 5..teruk jugak masa tu. Sampai mengikut kata org2 yg menyelamatkan saya dan keluarga, boleh patah riuk, and maybe ada yg accident. Tp Alhamdulillah, saya seorg je yg cedera teruk masa tu. Yg lain ok je. 2nd time masa 1st year. Basikal je saya bawak..uhuhu

3)Kehilangan mak, ayah, atuk n nenek saya, Mereka itu seperti Lu’lu wal marjan yg tiada tertandingi. Sayang dengan sangat. Kalau saya teringat yang saya bakal kehilangan mereka, saya mesti menangis. mcm skrg ni, sebak je nak tulis. Kalo cuti saya sebulan saya akan membahagikan masa untuk jumpa mereka. Kalau tak keluar jalan2 pon tak pe, janji dpt jumpe mereka dulu. Mungkin seminggu di K.L, seminggu di Johor, dan Seminggu di Melaka. JAdi jgn hairan la,kalau saya kata, saya tiada di K.L untuk jln2..huhu.

4)Tidak dpt jadi Dr yg baik. Rasanya hampir setiap hari saya berdoa agar menjadi Dr yg baik. Suruh emak doakan di Kaa’bah untuk jadi Dr yg baik fiddunia wal akhirah..Knape, sbb itu amanah.

5)Takut sakit masa periksa, so far yg paling teruk saya sakit masa periksa ialah demam campak waktu SBP trial or JPNS trial..hopefully semakin kurang. Sedih sangat kalau sakit masa periksa. Especially kalau saya tahu saya dah prepare dengan sangat2 untuk exam tu.huhu.Dan takut sakit yg teruk2..E.g Cancer, heart attack..and so on

6) Broke or flat broke. Seriously. sbb takut menjadikan saya tidak bersyukur dan sering berkeluh kesah.uhuhu.

7) Gelap, mcm yg saya dah sebut.eheh..

7 perkara paling bernilai

1)Electronic gadgets (Laptop, hp, and stuff)

2)Bank card.and Bank Account.mesti la

3)Telekung n Quran pink saya, mesti di bawa kalo saya journey ke mana2

4)Buku2 MEdic saya..Mahal la.x mo jual bley tak?

5)baju saya. penting tu..kalo x de nak buat ape..ahaha

6)peti sejuk

7)Skuter kesayangan..eheh

7 perkara yang saya selalu sebut

1)Subhanallah

2)Astaghfirullah al-azim

3)Syoot

4)what tha

5)watever

6)nyampah

7)malas la

7 lagu buat masa sekarang

1) Apologize. Timbaland Ft One Republic

2) Permata Ayah Bonda-Firdaus

3)Track 5-Saujana(lupe la tajuk lagu..huhu)

4)Rasa yang terhilang( ST 12)

5)Lelaki Cadangan-T2

6)Too little too late-Jojo haha..old skool gile aku..

7)Over-Katherine McPhee

7 Perkara pertama

1)Belajar bawak kete..Msa Lepas Form 5. Tak sangka lulus sekali je. Ingt kena amik 2-3 kali.haha..org SKEM tak Skem sgt kot

2)Bawk motor..Uishh..ni la perkara paling ter’miracle’ skali dlm hidup saya.¬† Ingt saya x berjaya. First time bawak masa tu 2nd year kot..naik motor cabuk atok saya.mmuahaha..ok je. JAtuh skali je.ehehe.

3)Part-time job kat Metrojaya BB plaza. tmpt ni scary la.huhu.

4)first time puasa masa Darjah 1. Dapat puasa 2 hari penuh.yg lain sumer stgh hari je.haha.Tahun 1 je la, pastu Tahun2 dan seterusnya penuh dah

5)First time memancing, x ingt la darjah brape. Dapat 3 ke 4 ekor ikan.haha.nikmat dunia woo

6) First time masuk asrama. Ni dah x de 2nd time la.haha.homesick dekat setengah tahun. Manjanyaaaa.

7)Masuk Nasyid masa Form 3.haha. still teringt jubah nasyid yg cun tu..huhu.Bak kata budak SDAR yg jahat¬† lagi dengki “Baju je cantik, NAsyid Cabuk”..mcm haramm..

Dah tu je..hahaha.malas nak tag org.nnt org mesti tag saya balik..hahaha

Doyot,Me and I

saya telah di tag oleh cik Milo. Molek sngt lah tu untuk permulaan blog baru ni..Let’s begin..

7 fakta tentang saya

a)Nama penuh Norhidayah binti Mahmood. Di rumah keluarga memanggil, Nor, Kak nor, Gembeng (adik saya je panggil ni.huhu) di sekolah pula panggil hidayah, doyot, dayah, doy doy, doyote..knape Doyot..jgn tanye saya.bukan saya yg panggil ni, Bero yg bagi nama ni, dr sekolah rendah lagi.huhuu. lepas tu biler masuk sekolah menengah (TKC) plak, die ade sekali, and suruh sumer org panggil saya Doyot..sengal la Bero ni. Nama die pon telah ditukar kepada Dilot asalnya, tp x melekat plak..aishh..

b)saya sedikit obses dengan kesihatan. kalau saya rasa benda tu tak sihat, saya x kan buat, atau cuba kurangkan. Contohnya, kalau hari tu saya dah minum air gas, esoknya x tak minum dah, kalau saya minum byk benda manis, saya akan minum air kosong byk2. saya slalu terbayangkan ginjal saya bekerja dengan sangat penat untuk menapis semua gula2 tersebut. sebab tu saya akn minum air putih byk2..lagi byk saya kenc…, maka lagi bagus..Saya juga suke gi aerobik, tp kalau penat sgt saya x pergi..kalau saya rasa saya x cukup tido, saya akan cukupkan, sbb saya x mau fikiran saya konfius..

c) saya takut gelap..sangat. Saya boleh jadik x tentu arah bila gelap..Saya tido x tutup lampu. walopon Rusydan kata ” Doyot, blaja la tutup lampu”, tp saya tetap x boleh..kalo saya tutup lampu bilik, saya akn bukak lampu2 lain. sama je. baik say bukak lampu bilik. Kalau black out, i have to cling to someone else, to make sure i have company.

d) saya mild ADHD (err, tp hari tu test mengatakan saya moderate, tp saya rasa test tu salah..uhuhu..saya x rasa cam tu pon). sbb saya adik 3 adik lelaki yg ADHD. adik lelaki yg pertama,Adam kena makan pil 3 biji untuk suruh die diam sket..mmuahaha..tp saya rasa, x de lah sangat..tp kawan2 saya di skolah ckp, saya sgt hyper..tp saya rasa mungkin certain org je kot yg saya bertindak begitu. dengan org yg saya x rapat, x kan saya nk buat cenggitu..kira otak saya masih boleh la mengubah tebiat yg keji ini..E.g: masa skolah menengah dulu, sy suka buli kawan2 saya..sket je. Sorokkan kunci..haha..sian syud. ape tah lagi..Sensitif tak bertempat, huhu..Emo..

e)Saya anak sulung dari 7 beradik. Tp saya lah paling comel skali..ahaks..perasan. saya ade 2 adik perempuan, and 4 adik lelaki..

f)Macam Milo, saya pon morning type person. Saya boleh bangun kol 3-4 pagi, and tak tido balik lepas tu. Dan kemudian boleh menyanyi2 riang..haha..Tak tau la.adakah sbb saya lahir waktu subuh, maka siklus kehidupan saya terasa bermula dari subuh. Tp yg pasti saya sangat suka waktu subuh. Fresh air, silent moment. Tak suka kalo terbangun lambat, especially lebih dari kol 7..Waktu subuh waktu yg saya x kan merosakkan mood saya, sbb kalo pagi saya dah mula ngan mood yg x best, sepanjang hari tu terasa seperti x kena bagi saya..

g) Saya benci lipas..sangat benci..kalo nampak mcm x leh duduk diam..semuanya bermula dr ASASI..ahaha..lipas tu sangat busuk..pastu bau die lekat kat baju..

h)haha..patut7 tp, nk tmbh lagi satu.. Saya anti BO..what is BO..till next entry then..eheh..got skills lab to go