Archive for January, 2009

Jalan2

Esok mau jalan2 ,eh belajar juga sbnrnyer.iAllah akan ke Semarang esok..Weeee seronoknya. kena bertolak awal. kol 6 pagi. Jadi perlu cek2 brg yang mau dibawa.

  • Student Card checked
  • Alma mater checked
  • Kamera checked
  • Jajan double checked
  • Anti mo checked
  • telekung checked
  • buku nota n alat tulis checked

ermm..dah tu je kot. nnt saya update apa kami buat ya. hehehe..Apa yang penting..Kerjasama. Apa yang penting..kerjasama.ngeehehehe

BB Plaza dan Saya Ep.1

Bila penat2 ni teringat saya suatu ketika dulu, saya pernah kerja sebagai ‘Assistant Salesgirl’ di Metrojaya Bukit Bintang. Waktu tu,saya baru tamat Tingkatan 5 dan macam biasa, untuk mengelakkan diri menjadi tidak produktif di rumah, maka saya pun bekerja. Sebenarnya idea nak kerja ni datang dari cousin saya lah, yang konon2 nak kerja kat X-Fresh la, kerja kat McDonalds lah( dulu belum boikot McD lagi) dan bermacam2 tempat lagi lah yang difikirkan sesuai. Sebenarnya jarak dari Bukit Bintang dengan rumah saya amat jauh lah ye. Memandangkan saya naik bas ke tempat kerja, maka waktu yang diperlukan ialah 1 jam 30 minit. Kerja ni pun, bapa saudara saya yang carikkan. Punya lah baik siap tolong carikkan lagi. hehehe. Thanks Pak Ngah. Walaupun jauh, saya kerja sahaja, sbb masa tu nak sangat belajar kereta (saya bayar sendiri ok!) dan mahu kill the boredomness of living at home doing nothing but a potato couch instead. Jadi, nak tak nak, jauh tak jauh saya ambil je.

Interview. Masa awal2 tu, biasalah kena interview dulu. Saya ditanyakan, nak department apa, memandangkan ada 2 department memang kosong, satu department kanak2 punya baju, satu lagi department wanita (sila, jgn bygkan kain dlm tah hape2 tu ye..Mmg bukan.Itu department lain.) Jadi saya pun diberikan department wanita. Masa awal2 kerja tu rasa macam aneh, outsider nak mampus pun ada. Tapi saya bernasib baik, sbb bukan saya seorang sahaja yang apply di situ. Dah ada batch pertama (ewah ada batch2 pula) iaitu, Gina, Ain, dan Farah. Mereka ni macam Charlie’s Angels la pulak. ngehehe. Dan batch kedua ialah, Saya, Shukri, Faizal, Epul dan Misya. Semua best2 dan sangat kelakar.

Jadi brand yang saya jaga ialah Jenama X (Maaf nama dirahsiakan..ngehehe.) Supervisor saya waktu tu ialah Kak Suzanne. Nama dia Kak Suzana. Saje je panggil Kak Suzanne. Kak Suzanne ni mmg baik lah. Bising2 sket,tapi baik hati. Kemudian ‘partner in crime’ saya ialah Gina. Sebenarnya Gina ni adalah anak sedara one of the big boss kat situ. Jadi tugas2 kami ialah susun baju, gantung baju *yawn* seterika baju *yawn*. Cek code baju. Kemas2 store shaye la tu slalunya..Gina lari mana tah Bukan senang sebenarnya buat semua ni, sebab semuanya memang memerlukan teknik berlainan. Bukan macam cara kita biasa gantung dan gosok baju di rumah. Ataupun susun mengikut sesuka hati.

Jam kerja. Ada 2 shift iaitu shift pagi dari jam 10-jam 8 (saya kurang ingat) dan shift petang dari jam 12 hingga jam 10 malam. Penat memang penat lah. Tak tipu, tapi bab dapat gaji memang best. Basic salary ialah RM600, itu belum termasuk OT, dan elaun2. Sikit kan??? Sebenarnya gaji tu dikira berdasarkan kelulusan, dan kelulusan saya waktu itu ialah PMR sahaja lah, memandangkan rsult SPM belum keluar lagi. Sebenarnya lagi untung kalau anda ialah akauntan ataupun cashier, sebab dapat extra RM 200. Kira macam insentif la untuk tidak melakukan kesalahan atau kekurangan wang sewaktu kiraan, sebab kalau ada kurang nanti ditolak dari RM 200 ni. Tapi berapa sangat lah kurang pun, memandangkan mesin  je yang slalu kira lah kan..huhu. Dan wang gaji dimasukkan 2 kali sebulan iaitu RM 300 pada setengah bulan pertam dan selebihnya, termasuk elaun2 dan OT pada setengah bulan kedua. Dari sini lah saya belajar tentang caruman KWSP dan SOSCO. Semua wang gaji tersebut dimasukkan ke akaun Maybank

ok lah, nanti saya sambung lagi ye. Ada banyak nak cerita ni. Nasib baik kat sini tak boleh dengar suara. KAlau tak, anda mesti kata saya ni pot pet pot pet..hikhik

Usaha usaha usaha

Hari ni terasa amat super duper penat dan sangat sakit belakang. Hari ini jadual saya sungguh padat. Bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi kuliah 2 disambung pula dengan guest lecturer dari Semarang selama 2 jam sampai jam 12 tengahari. Perut saya waktu tu dah bertarakuca tak hengat punya. Pagi tadi sempat minum beberapa teguk cereal je. huhuhu. Nasib baik tak hypoglycemic.wahaha. Exaggerate la pulak. Kemudian skills lab dari jam 1-4.30 petang. Mmuahaha. Letih sangat sekarang. Banyak kerja pula tu. Ada laporan nak disiapkan, ada nota2 yang perlu diulangkaji beberapa kali lagi. Sudah cukup membuatkan saya bizi sebenarnya. Hari ini tanggal 23 Januari, tepat tarikh 23 Februari bulan depan akan bermulalah ‘battle of the skills’ ataupun OSCE Comprehensive yang merangkumi hampir semua skills lab yang dah dipelajari. Ada lebih kurang 10 jenis skills lab yang dikenalpasti berpotensi untuk keluar adalah seperti berikut:

  • Gynecological exam
  • ENT
  • Bandage and Splint
  • IUD and IMPLANT
  • CPR
  • ET(Endotracheal tube)
  • Minor Surgery
  • Catheterization
  • Baby Delivery
  • IPM (Integrated Patient Management)

Err..sikit anda kata. Itu baru ibu topik belum jenis2 penyakit yang masuk. Adalah dalam 20 jenis. Itupun yang common atau biasa. Belum yang luar biasa.  Alhamdulillah banyak juga dah belajar dan buat latihan, cuma 1-2 skills yang belum. Waah..semangat ya Doy2. Doakan saya ya.  Ngee.

Mr Barry

Semalam 20 Januari 2009, seluruh dunia meraikan kenaikan Barrack Obama sebagai Presdien Amerika Syarikat yang ke-44. Beliau sering disamakan dengan John F.Kennedy, bekas Presiden Amerika Syarikat kerana kedua2nya berasal dari Parti Demokrat dan memulakan karier politik dalam usia yang masih muda. Sebenarnya ada beberapa lagi persamaan, tapi saya tak berapa pasti. Cari sendiri lah ya. Nanti bagitahu saya. Sebenarnya ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya setelah beliau dilantik menjadi presiden

Pertama

Usul beliau untuk menutup Teluk Guantanamo, tempat di mana semua terrorist di penjara. Persoalan yang timbul ialah siapakah yang akan menerima semua tahanan dari Teluk Guantanamo tersebut. Sebenarnya terdapat ‘military trial’ juga dijalankan di Teluk Guantanamo dan Barrack Obama menggesa supaya ianya diberhentikan.

Kedua

Janji ataupun manifesto beliau untuk berdamai dengan Negara Islam. Sejauh manakah ianya akan terjadi, kena tunggu dan lihat lah. anda boleh lah rujuk lebih lanjut manifesto beliau di sini

Ketiga

CADILLAC OBAMA atau diberi gelaran The Beast iaitu julukan untuk Barrack Obama. MAri saya ceritakan kenapa saya begitu teruja pasal kereta ni. Ianya memang bukan sebuah sedan atau kereta pun. Ianya sebuah limosine mewah nak mampus yang pertama kali direka cipta untuk Barrack Obama sempena pelantikannya semalam. Harganya kalau tak salah beberapa  billion dollar Amerika. Uhuhu. Ni kalau saya kerja seumur hidup jadi Dr pun tak mampu beb.cadillac_one

Kereta ni panjangnya 6, 5 meter dengan berat 3474 kilogram dan dilengkapi antibom dan bahankimia.

Pintu belakang: Tempat Obama duduk tu, tebal dia 8 inchi. Hampir sama tebal dengan pintu kabin pesawat Boeing 787 .Nak dibuat cerita, ianya dibina dari Titanium, Aluminium dan ceramik untuk menahan projectile peluru

Tingkap: tebal 5 inchi. 2 kali lebih tebal dari Cadillac yang direka cipta untuk Presiden2 sebelum ni. Ni kalo rempuh lori treller pon maintain je.uhuhu.

Tayar: Tayar ni kalau tercabut dari rim pun masih boleh bergerak laju seperti tiada apa2 berlaku. Sebabnya, tayar dibuat dari  bahan ‘kevlag’ yang antibocor, dan Rimnya dari besi ‘ velg’

Fitur keselamatan bukan hanya itu saja, di limosine juga tersedia cadangan darah untuk Obama, persediaan oksigen, kamera night vision, gas air mata dan beberapa fasilitas lain.

Dengan semua perlengkapan itu, walhasil, mobil Obama cukup berat, mobil ini pun hanya memiliki top speed 96 km per jam dan menghabiskan bahan bakar setiap 8 mil per galonnya.

Dari sisi interior, untuk jok seperti halnya Cadillac CTS juga dijahit dengan tangan. Kursi penumpang belakang, sangat luas dengan tempat duduk eksklusif untuk Obama dan staf eksekutifnya.

Logo presiden bordiran ditempatkan di tengah panel jok belakang Limo. Stempel presiden juga tertempel di luar pintu belakang.

Dengan Cadillac, Obama berarti menambah panjang deretan presiden AS yang menggunakan limo mewah ini. Peran Cadillac dimulai pada Perang Dunia I.

Deretan pengguna Cadillac adalah Woodrow Wilson, Franklin D. Roosevelt, Harry S. Truman dan Dwight D. Eisenhower, John F. Kennedy, Lyndon B. Johnson, William J. Clinton, Ronald W. Reagan dan George W Bush. Dan kini Obama pula yang dapat merasakan Cadillac. Reference sini

Keempat

hari ini di BBC ada sebuah cerita tentang seorang warga Indonesia bernama Ilham anas yang dikatakan mirip Barrack Obama.

ilham1samakah mereka??boleh la=)

P/s: ingin melihat dengan sangat Negara Islam yang menjadi ‘World Order’

Trip to Jakarta updated version with pics too

Awal tahun 2009, saya dan Belle ke Jakarta. Itu adalah pertama kali saya ke Jakarta dengan rasminya, memandangkan selama ni hanya menjejakkan kaki di Bandara Soekarno-Hatta sahaja. Pernah juga bermala di situ. Iye di Airport itu. Ini semua gara2 transit flight punye pasal. Ok2. Berbalik kepada cerita saya. Jadi saya ke Jakarta dari 31 hb Disember sehingga 4 Januari. Kami menaiki keretapi Argo Lawoe, memandangkan keretapi Taksaka Malam dan Siang sudah habis. Maklum lah libur ketika itu. Maka ramailah yang balik kampung halaman masing2 barangkali. Dengan harga 290K Rupiah, kami berjaya membeli tiket ke Jakarta dan mengambil stesen Gambir sebagai tempat berhenti. Sengaja kami membeli tiket Eksekutif memandangkan perjalanan yang jauh dan tidak mahu diganggu pencopet (bc: pick pocket). Walaubagaimanapun sila lah jangan bayangkan ianya seperti sesuatu yang ekslusif kerana sememangnya tidak. Lebih kepada komuter sahaja layaknya.

Hari pertama

JAdi kami bertolak dari Jogja lebih kurang jam 9 pagi. Saya membawa bekal pula tu. Nasi Lemak.Belle kata sedap.hehe.Terima kasih Belle.  Tidak lupa juga membawa AntiMo (ubat tahan muntah) takut2 kalau2 saya pening2 lalat pula dalam keretapi itu. Dan juga buku cerita. Saya rasa saya bernasib baik membawa buku cerita memandangkan Belle Chan lebih suka tidur sahaja sepanjang perjalanan. Keretapi ni berhenti di beberapa stesen untuk mengambil beberapa penumpang yang lain. Sepanjang perjalanan saya dapat melihat seluruh proses penanaman padi sehingga lah menuai. Hebatkan. Sungguh hijau dan cantik. Tapi tak semua petak sawah dapat dituai. Belum musim barangkali. Saya suka lihat padi di tanam di lereng2 bukit. Atau kita panggil Padi Huma kalau tak salah.  Dalam jam 12 begitu disediakan makan tengahari. Saya tak dapat kenal pasti apakah makanan tersebut sebab saya tak pernah makan makanan tersebut sebelum ini.

Jadi lebih kurang jam 5 begitu tibalah kami di Stesen Gambir, Jakarta. Rasa saya seperti  PuduRaya pula. Kami sebenarnya menunggu Fatimah(kawan Belle waktu di KISAS dulu)  untuk ambil kami, tapi memandangkan Fatimah ada Program Hamka, maka agak lewat petang baru dia dapat ambil kami. Lebih kurang jam 7 begitu, saya dan Belle menikmati Dunkin’ Donuts sebagai makan malam. Jika di Jogja, masyarakatnya lebih dikenali sebagai berjiwa halus, sopan dan lemah lembut, tetapi di Jakarta ianya sesuat yang antagonis. Seperti masyarakat Kuala Lumpur barangkali. Kota metropolitan memang begitu agaknya. Sebaik sahaja habis makan malam, Fatimah akhirnya tiba juga. Baru lah pertama kali saya dapat jumpa Fatimah yang selama ini disebut2 Belle (in a good way i mean).  Kami pun berjalan menuju ke Monas atau Monumen Nasional yang terdapat bersebalahan stesen tersebut. Jakarta ialah kota yang sangat padat. Dengan 9 juta penduduk, itu amat lah tidak menghairankan. Setelah bergambar sekeping dua, bergerak kami ke Kost Fatimah yang berdekatan dengan Universitas Trisakti dengan menaiki Bajaj (bc:Bajay). Selama ini saya hanya tengok di TV sahaja, sekarang tidak lagi. Kagum kami dengan kuasa putaran Bajay. Amat hebat. Bajay ni rupa nya tidak lebih dari motor beroda 3 yang ada bumbung. Bajay ni rasanya angkutan paling efisyen di Jakarta yang padat ni. Maklum lah boleh menyelit2. Dan malam tahun baru itu saya sambut dengan tidur sahaja. Penat sungguh saya. ape yang penat pon x tau. Terlalu gembira agaknnya.bajaj3

Bajay di depan Monas(Monumen Nasional)

Hari kedua

hari kedua saya ke Grand Indonesia yang dikatakan sungguh Grand itu. Memang grand habis la. Semua luxurious ade di situ. JAdi amat tidak hairan jika hari itu saya ternamapak sehelai kereta LAmborghini chomell parking di depan bangunan tersebut. Siapalah empunya kereta tersebut. Saya tak pasti. Memang terasa ingin hope in sahaja dlm kereta tersebut dan memecut memecah kesibukan kota Jakarta. Haha. Sudah tersasar pula. Ok, jadi di Grand Indonesia ni, ada pelbagai tema dari pelbagai negara yang disajikan untuk pengunjung. Ada tema dari Jepun, U.s, Italy, China, dan Arab. lain2 saya tak ingat. Jadi, tema2 ini bermula dari lantai dan dinding hinggalah ke toilet dia. Memang grand sungguh la. Kami ke setiap negara tanpa perlu mengeluarkan passport.hihihi..Grand Indonesia ini mungkin seperti Pavillion tapi versi besar. Segala jenis brand ada di situ, sebut sahaja, Marc Jacobs, Gucci, D&G, dan lain2 lagi. Tapi saya hanya mampu tengok je la.hehe. Terdapat juga air pancut yang menari2 mengikut gerakan muzik setiap jam. Memang indah. Sangat comel melihat air2 itu bergerak.Sebaik sahaja kami melihat2 semua tema tersebut, langsung kami ke Kafteria yang menyediakan pelbagai makanan menarik. Tpai kami cuba Mi Tarik. Sedap giler mie die. Mie tu dibuat sendiri, dan orang tersebut memang tarik mie tersbut di hadapan pelanggan sebagai daya tarikan. uhuhu. Memang memerlukan muscle yang kuat la, sbb memang banyak pelanggan pada hari itu dan nak tarik mie tersebut bukannya senang.belle_toilet

Ini Belle di Toilet Negara Jepun. Sila lihat air yang keluar dari bamboo itu. Indah kan. Ngee

jepunSakura di Grand Indonesia (Sakura tipu je tu)

grand1pokok kristal di samping sofa2 mewah. Snazzy isn’t it.=)


Setelah puas berjalan ke Grand Indonesia, kami terus pulang ke kost Fatimah, dan pada sebelah malamnya pula, kami Taman Anggerek yang dikatakan banyak orang itu. Taman Anggerek ialah sebuah mall yang ada Ice Rink sahaja. Noktah. Tiada apa yang terlalu istimewa di Taman Anggerek ini. Kemudian kami pon beransur pulang.

Hari ketiga

Hari ketiga sebenarnya kami merancang untuk ke Dufan di Ancol. Tetapi bertukar rancangan apabila Fatimah di minta untuk membantu program di Islamic Education School ini. Dan secara tak langsung saya pun turut seta bersama Fatimah membantu apa yang perlu, memandangkan kekurangan volunteer. Lalu kami bertilak ke Sentul City di Bogor menaiki teksi. Agak jauh juga perjalanan kami, dalam lebih kurang 1 jam setengah baru tiba di tempat yang dimaksudkan. Memang cantik la sekolah ni. Sekolah ni terletak di atas bukit, dan baru shaaja dilancarkan pada bulan Julai lalu. Pengasas sekolah ini ialah orang Palestine. Beliau sebenarnya telah mengasaskan sekolah ini di Australia. Jadi sekolah ini sebenarnya adalah cabang di Indonesia. Tapi yuran dia memang mahal la. Macam lebih kurang je dengan yuran medic saya. Sukatan pelajaran digunakan mengikut sukatan seperti di Australia. Antaranya, belajar mengenai negara2 lain, turun melihat keindahan alam, seperti melawat sungai dan sawah padi. Terdapat juga para pelajar tersebut yang sbenarnya sudah belajar di Australia, tapi meneruskan pelajaran di sini. Jadi english mereka memang berhabuk you..Auww.

Sebenarnya acara pada minggu tersebut adalah Camping In School di mana, ibu bapa sleepover di sekolah tersebut dan melakukan aktiviti bersama. Sesuatu yang tak pernah wujud di sekolah saya lah ye. Saya tak pasti di sekolah lain bagaimana.  Sempat juga saya mengikuti aktiviti mereka melihat keindahan sawah padi bersma murid2 dan ibu bapa tersebut.Tapi kami hanya sempat bermalam sehari saja di sini, memandangkan waktu yang semakin suntuk utk kami berjalan2.  Sheikh Omar dan isterinya memang sangat2 peramah. Tidak mengenal kami siapa walaupun baru pertama kali berjumpa. Terima kasih atas pengalaman berharga itu.

gunung-salakGunung Salak yakni gunung yang menjadi punca bekalan air Aqua korang.Gambar penulis dari kawasan sekolah Islamic Education School

jln2-soreberjalan2 di waktu petang (ini di Islamic Education School)murid2

Murid2 sekolah melihat sawah padi.



hari keempat

Sebaik sahaja pulang dari Sentul City, kami terus ke Tanah Abang. Tanah Abang ni seperti Psar Beringharjo di Jogjakarta atau mungkin Pasar Payang di Terenggan. Memang terdapat pelbagai pilihan baju2 dan blouse dan telekung terdapat di sini. Memang best la. Boleh pengsan shoppin di sini. Nasib baik saya bawa duit sedikit sahaja, kalau tidak memang tak menang tangan la kami dibuatnya. Usai membeli telekung dan blouse dan jubah, maki terus pulang untuk ISOMA (Istirehat, Solat , Makan). Agak lewat tengahari kami bergerak ke Ancol menaiki bas. Ancol ialah sebuat kota hiburan merangkumi Seaworld, Taman Mini, Dunia Fantasi dan lain2 lagi. Kami hanya sempat ke Seaworld shaaja. Tidak sempat pula menonton science fiction 4D yang dikatakan banyak orang itu. Lain kali mungkin. Bayaran masuk ke Ancol ialah Rp12,00o dan ke Seaworld ialah Rp50 000. Best juga melihat2 ikan. Kalau di MAlaysia mungkin seperti Aqua Park (or so i think) di KLCC. Best juga la. Tutup jam 6. jadi kami memang menggunakan masa sebaik2nya lah sebab waktu mepet (pack). Balik sahaja, terus packing dan tidur. Esok pagi harus bergerak awal untuk pulang ke Jogja

seaworldSea World

maskot_seaworldBersama masko2 SeaWorld. Dari kiri Belle, Fau dan Fatimah

tasik-kat-ancolMuara laut di Taman Laut (kot). Macam tempat makan kat Umbai pun ada, emandangkan makanan laut semua fresh.

HAri kelima

Bertolak pulang ke Jogja menaiki AirAsia. Fatimah juga ikut pulang sekali memandangkan beliau bercuti sebelum masuk Stase Bedah. Apa2 pun terima kasih Fatimah atas warmest hospitality yang diberikan. Terharu sangat2. Best berkenalan dengan Fau, Ain, Shiha, K.Haa, Ina, Mina, Syamim, dan lain2. Memang ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.=)

p/s: Sebenarnya entry ini awalnya tergantung dek kerana kesengalan internet di sini. Saya sudah edit sampai habis entry ni. Tapi bila publish keluar separuh saja, yang lain2 sudah hilang. Di Draft juga tidak ada. Kecewa betul saya.uhuhu=(

Mengapa saya malas nak blog

Kebelakangan ni seperti tiada apa untuk dijengah di blog ni. Memang tiada apa pon, melainkan anda mencari blog2 lain atau rakan2 anda yang mungkin juga rakan2 saya. Sungguh, saya rasa seperti mahu bunag sahaja blog ini, tetapi saya tidak mahu sebab, saya nk blog ni menyimpan segala kenangan yang akan saya bawa dari Jogja mahupun kehidupan sebelum sibuk saya.(lepas ni masuk Hospital ada masakah nak update.huhuhu). Sebenarnya ada beberapa perkara kenapa saya amat malas nak update blog:

  • Saya ada exam. Remedial saya esok tau.uhuhu

  • Saya ada banyak nak update, tapi tak tau nak start dari mana. Jadi syaa sangat berkecamuk.uhuhu

  • Setiap kali ada idea nak tulis, saya sudah tidak reti nak kembangkan idea tersebut.haha..Macam buat karangan BM pula.

  • Saya sudah kurang umphh..dalam menulis blog.hahaha.boleh la pulak

  • Saya sudah menjadi seorang yang secretive barangkali, sehingga semua cerita pon ingin saya simpan sendiri.

  • Atau saya memang amat malas nak update, sebab saya rasa seperti membuang masa menunggu loading internet ni yang terkadang sengaja membuat sengal setiap kali saya nak update..

Ahaha..sebenarnya itu semua alasan sahaja. Orang lain lebih bizi dari saya. Tapi mereka cool sahaja. Dapat update blog tiap2 hari pulak tu.uhuh. Nanti lah. hari itu pasti akan datang.ngee

Ahlan 1430 and Hello 2009

Wah wah..lama betul x update..terasa poyo kejap dengan dunia blogging. Rasa aneh. Tak best dan rasa macam2 lah. Banyak nak update. Rasanya boleh buat list. Ngee..Tapi kalau buat list dah x surprise la kan. Nanti2 lah saya update. Sekarang ni kena get ready for Histo and Slide presentation untuk esok. Wah..esok hari yang sibuk. HAri hari pun saya sibuk. Sibuk tengok blog orang. Sibuk baca benda2 yang belum baca. Sibuk prepare utk lecture. Ada banyak betul perkara yang nak diselesaikan. Minggu depan juga sibuk. Wah macamana ni. apa2 pun saya tetap akan update blog ini. Blog ni mmg patut diganti langsir baru. Tak ceria la putih, terasa seperti suci dalam debu.Err…Tapi x reti nak install dari theme2 selain wordpress. Anyway I will figure it out later.

Tahun 2008 dah habis, tapi saya baru nak buat muahasabah diri dan target untuk 2009, maklum la Tahun baru kan sebulan. Mari kita tinjau (ewahh..ayat mcm haramm) apa yang berlaku utk tahun 2008.

Januari

  1. Balik Msia
  2. Jogja was also hot for January 08
  3. Bela Mimi yang asalnya kucing comot, tp x sampai brape hari bela dah kena buang sbb ibu kost x kasik..Kedek la..
  4. OSCE was unfair…unforgettable.

Februari

  1. Trip to Bromo and Surabayaaa…Hepi..hepi..hepi

Mac

  1. First thing for sure..my birthday
  2. Johan Kuiz Maulidur Rasul..Hepi againn
  3. Balik Msia..againn..to renew my passport
  4. Pilihanraya Umum ke 12. Sesuatu yang bersejarah dan akan dikenang sampai bila2

April

  1. Sisterhood Party O5
  2. Join Tahsin and Kelas Tarannum.(wahh..rindunya)
  3. Dan paling sedih..Pak Sarindi, Bapak Jaga kost B9F dulu meninggal.Sediih sangat.

May

  1. Berpindah ke platform WordPress dari Blogspot. Sangat lah lega.
  2. Birthday Abah dan Mak (46 and 45)
  3. Program PERMAI 08 yang julung2 kali diadakan di Indonesia untuk pelajar Malaysia

June

  1. Officially moved to WP
  2. Gempa..Again.
  3. Masuk hospital sebab Denggi and Typhoid…huarghh. Mahal amat tau..9 juta untuk 4 hari, dan kompensasi dari GMC hanya 3 juta..Tak mo sakit lagi..Tak mo..amat trauma

July

  1. Cuti Akhir Sem..balik Msia..againnn
  2. Jalan2 ke Singapore with Belle. Ya Ampun. Sampai kebas kaki berjalan

August

  1. Farina Pindah kost ngan Jimah..berkurang ahli rumah.uhuhu
  2. Confirmed by Dr as having Osteoarthritis..shock..quite no. expected though

September

  1. Puasa bulan Ramadhan. tepat 1 September plak tu
  2. Masak bareng..Sangat suka
  3. Qiyamullail Perdana anjuran UPIMI..suka..suka
  4. Iktikaf di UIA for the last time with Milo

Oktober

  1. Rayaaaa…yeyeye
  2. Balik Msia again..kali ni cuti 5 minggu.lama x?hehehe, tapi saya balik awal nak siapkan thesis
  3. Bulan stress..Stress giler bila mengenangkan thesis..
  4. Start join Usrah PKS..Usrah terbaik pernah saya sertai

November

  1. Min( ex-Premed dulu) dari Bandung datang, sbb ada Karnival Sukan
  2. Abah and Ibu ke Mekah menunaikan Haji
  3. Puting Beliung di UGM.Menakutkan

December

  1. Kakak2 ’03 dah tamat KoAss dan balik Msia for good..sedihnye saya..
  2. Najibah kawan sewaktu TKC datang.
  3. Thesis berjaya dihabiskan dengan jayanya
  4. Farewell Dinner dengan kakak2 ‘o3 sekalian Birthday Toy
  5. Sambutan Aidil Adha..Rasanya yang termeriah sepanjang saya di Jogja ni..ngee.

Dah tu je kot. Azam tahun baru..nanti saya updatekan..Sekarang mau solat.Study teruss..