BB Plaza dan Saya Ep.1

Bila penat2 ni teringat saya suatu ketika dulu, saya pernah kerja sebagai ‘Assistant Salesgirl’ di Metrojaya Bukit Bintang. Waktu tu,saya baru tamat Tingkatan 5 dan macam biasa, untuk mengelakkan diri menjadi tidak produktif di rumah, maka saya pun bekerja. Sebenarnya idea nak kerja ni datang dari cousin saya lah, yang konon2 nak kerja kat X-Fresh la, kerja kat McDonalds lah( dulu belum boikot McD lagi) dan bermacam2 tempat lagi lah yang difikirkan sesuai. Sebenarnya jarak dari Bukit Bintang dengan rumah saya amat jauh lah ye. Memandangkan saya naik bas ke tempat kerja, maka waktu yang diperlukan ialah 1 jam 30 minit. Kerja ni pun, bapa saudara saya yang carikkan. Punya lah baik siap tolong carikkan lagi. hehehe. Thanks Pak Ngah. Walaupun jauh, saya kerja sahaja, sbb masa tu nak sangat belajar kereta (saya bayar sendiri ok!) dan mahu kill the boredomness of living at home doing nothing but a potato couch instead. Jadi, nak tak nak, jauh tak jauh saya ambil je.

Interview. Masa awal2 tu, biasalah kena interview dulu. Saya ditanyakan, nak department apa, memandangkan ada 2 department memang kosong, satu department kanak2 punya baju, satu lagi department wanita (sila, jgn bygkan kain dlm tah hape2 tu ye..Mmg bukan.Itu department lain.) Jadi saya pun diberikan department wanita. Masa awal2 kerja tu rasa macam aneh, outsider nak mampus pun ada. Tapi saya bernasib baik, sbb bukan saya seorang sahaja yang apply di situ. Dah ada batch pertama (ewah ada batch2 pula) iaitu, Gina, Ain, dan Farah. Mereka ni macam Charlie’s Angels la pulak. ngehehe. Dan batch kedua ialah, Saya, Shukri, Faizal, Epul dan Misya. Semua best2 dan sangat kelakar.

Jadi brand yang saya jaga ialah Jenama X (Maaf nama dirahsiakan..ngehehe.) Supervisor saya waktu tu ialah Kak Suzanne. Nama dia Kak Suzana. Saje je panggil Kak Suzanne. Kak Suzanne ni mmg baik lah. Bising2 sket,tapi baik hati. Kemudian ‘partner in crime’ saya ialah Gina. Sebenarnya Gina ni adalah anak sedara one of the big boss kat situ. Jadi tugas2 kami ialah susun baju, gantung baju *yawn* seterika baju *yawn*. Cek code baju. Kemas2 store shaye la tu slalunya..Gina lari mana tah Bukan senang sebenarnya buat semua ni, sebab semuanya memang memerlukan teknik berlainan. Bukan macam cara kita biasa gantung dan gosok baju di rumah. Ataupun susun mengikut sesuka hati.

Jam kerja. Ada 2 shift iaitu shift pagi dari jam 10-jam 8 (saya kurang ingat) dan shift petang dari jam 12 hingga jam 10 malam. Penat memang penat lah. Tak tipu, tapi bab dapat gaji memang best. Basic salary ialah RM600, itu belum termasuk OT, dan elaun2. Sikit kan??? Sebenarnya gaji tu dikira berdasarkan kelulusan, dan kelulusan saya waktu itu ialah PMR sahaja lah, memandangkan rsult SPM belum keluar lagi. Sebenarnya lagi untung kalau anda ialah akauntan ataupun cashier, sebab dapat extra RM 200. Kira macam insentif la untuk tidak melakukan kesalahan atau kekurangan wang sewaktu kiraan, sebab kalau ada kurang nanti ditolak dari RM 200 ni. Tapi berapa sangat lah kurang pun, memandangkan mesin  je yang slalu kira lah kan..huhu. Dan wang gaji dimasukkan 2 kali sebulan iaitu RM 300 pada setengah bulan pertam dan selebihnya, termasuk elaun2 dan OT pada setengah bulan kedua. Dari sini lah saya belajar tentang caruman KWSP dan SOSCO. Semua wang gaji tersebut dimasukkan ke akaun Maybank

ok lah, nanti saya sambung lagi ye. Ada banyak nak cerita ni. Nasib baik kat sini tak boleh dengar suara. KAlau tak, anda mesti kata saya ni pot pet pot pet..hikhik

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by toy on January 26, 2009 at 3:39 pm

    hehhehe…mesti teringat2 sbb time tu tgh zmn kegemilangan kannnn…hehhehee

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: