Archive for March, 2009

Ping n Pink

Salam semua, Hari ni sekali lagi saya menjadi IT Specialist tak bertauliah sebab saya membetulkan internet di kost (baca:rumah sewa) saya. Kisahnya macam ni. Semenjak beberapa hari kebelakangan ni internet kat rumah saya ni tak mahu berfungsi macam biasa. Nama internet kat kost saya ni Pesat Net (Jenis Servis, mcm TM Net). Nak dibuat cerita orang yang slalu servis tu datang kost kitorg, malangnya saya masa tu di gym..ehem ehem diulangi sekali lagi di GYM..waahaha..dan rakan2 saya di kost ni juga bersepah menyebar ditempat lain, maka nak dibuat cerita tiada orang la dirumah. Tapi Keri kata dia ada kat kost, and dia tak dengar pon. Tapi dipendekkan cerita, Encik Pesat tu pun berkata

Mr.P : Gimana Internet nya, udah OK belum?

Si comel: Oh belum la mas.

Mr.P: Oh ok, tadi saya datang ke kostnya, tapi ga’ ada org. (berkata dengan nada kesal and mcm nak marah pon ada..cuak cuak)

Si Comel: (cuba berlagak cool), Oh, mungkin semua orang tiada di kost tadi. (Saya kat gym masa tu…diulangi kat Gym.=p)

Mr.P: Oh, ok2 jadi gini ya Mbak, saya akan beri arahan untuk betulkan internet

Si Comel: baik2..ok

Mr.P: Mbak pernah setting Internet ga’?

Si Comel: Pernah2 *hins hins..bangga la plak..mcm haramm

Arahan2 bersama term2 canggih digunakan…ditapis disini supaya tidak kelihatan membosankan, hanya IT Geek je yang faham..mmuahahaha

Mr.P : sekarang mbak taip #$%$% (terlalu canggih utk ditaip) dan tekan OK..sekarang Internet nya bisa connect tak?

Si Comel: Belum la Mas, macam tak boleh je..

Mr.P : Oh ya ditunggu sebentar Mbak, Allah suka orang2 yang bersabar…(wahaha…kan dah dapat tazkirah free kat situ.,,)

Mr.P: Ok, udah ya..Sekarang sila run cmd dan taip ping..

Si Comel: Apa mas..ga’ dengar..

Mr.P: P..I..N..G..(siap eja tu, masalahnya dia eja ejaan Indonesia yang mana ianya berbunyi Pe I En Ge)

Si Comel: Mas saya tak faham la, bisa message tak?

Mr.P : SMS ya? oh..gini mbak kita tu kan ada warna2..Ada warna PINK..ya yang K itu diganti G

Si Comel: OOooooooooooooooooo ping….hahahaha (Terasa kebodohan yang nyata)

Mr.P : Iya mbak..(yang kawan dia sorg lagi plak sibuk nak menyampuk2…mmg la aku tak dengar..)

Si Comel..Ok Mas udah bisa..

Arahan2 dan terma canggih digunakan sampaila selesai saya setting Internet tersebut.

Mr.P: Ok Mbak, udah bisa digunakan ya?

Si Comel: Oh udah mas, makasih ya?

Mr.P: Terima kasih juga udah bantu kami.. ( saya blurr..tapi x pe la..)

Si Comel: Oh ok, sama2

Mr.P : Ini dengan Mbak (baca:Cik) siapa ya?

Si Comel: Ini Mbak comel

Mr.P : Oh, saya Mas Pesat..Makasih ya..

Dan selesailah krisis internet di rumah saya. Cool la kerja IT ni, tapi memeningkan pale otak..malas la..Mak saya kalau tensyen2 betulkan program2 komputer  tu dia main Spider…agak2 nya mak orang lain ada tak main Spider mcm mak saya ek??Modern la mak saya ni..=p


Lughatul Quran wa lughatul Jannah

Salam,

HAri ni hari pertama dapat mulakan kelas Bahasa Arab setelah tertunda sekian lama. Al maklumlah. Bizi la kengkonon. Alhamdulillah dapat juga tenaga pengajar yakni Mbak Rini yg ambil Sastera Arab di UGM. Adalah lebih kurang 10 orang yang menyertai kelas BAhasa Arab tersebut. Best juga, dan saya pun dah banyak lupa pelajaran dulu2. LAma juga saya dah tinggalkan semenjak dari Form 4. Form 5 dah tak belajar. Sekolah kami tiada Bahasa Arab Tinggi. Jangan kata Bahasa Arab Tinggi Bahasa Arab masa PMR pun tiada. Cuma belajar sebagai 3rd language sahaja.

Seronok juga dapat ingat balik pelajaran Arab dulu2. Bagi saya nak belajar bahasa Arab ni kena semngat bersungguh sungguh. Kalau tidak memang akan rasa susah nak faham apa yang diajarkan. Saya ingat lagi awal awal dulu masa form 1 saya memang tak suka langsung nak belajar bahasa Arab sebab memang susah la. Tambahan pula, saya waktu tu masuk sebagai 2nd intake, maka banyak juga pelajaran yang tertinggal. Pernah satu ketika waktu belajar tu ustazah tanya saya. Saya ingat lagi saya waktu tu boleh la dikira nakal or rebellious juga la. Mungkin sebab tekanan homesick dan sebagainya. Jadi apabila ustazah tanya,” Kenapa awak nak belajar bahasa Arab?” terus terang je saya menjawab ” Mak saya yang suruh. Saya sebenarnya nak ambil bahasa Perancis”…DANG…anak siapa la biadab tu ek..hahaha..Tapi Alhamdulillah lama2 tu saya stay juga ambil bahasa Arab. Saya pun tak tahu apa yang menyebabkan saya stay. Mungkin sebab pujukan mak saya dan rakan2 kot. Wahahaha.. Horror la masa Form 1 saya. Malas nak ingat balik.

Kemudian titik tolak yang saya rasa bahasa Arab saya makin improve apabila datang ustaz2 handsome dari UIA yang menjalani latihan praktikal di situ. Mungkin rasanya malang kot diorg dapat kami sebagai anak murid, sebab kami agak sangat lah blurr. Yang basic pun macam hampeh saje. Ustaz yang mengajar kami ialah Ustaz Fuad. Wahaha. Sungguh la penyabar. Tak pernah marah. Walaupun kadang2 tu yang datang ialah Pensyarah Praktikal dia untuk buat observasi dan ada antara kami pula ngantuk2 nak tertido dah time tu, maintain je mengajar. hahaha.. Tapi lama kelamaan, bahasa Arab tu jadi mudah je bila dia ajar. Best. Sewius. Walaupun kami nakal2, tapi belajar tetap belajar. Alhamdulillah kalau dulu saya selalu fail or markah rendah tapi sejak  dari tu, markah saya selalu 70 ke atas, paling tinggi saya pernah dapat pun ialah 94. wahaha..Sungguh anjakan paradigma yang baik.

Dan sekarang saya berazam untuk bertambah sungguh2 belajar. Rugi wey tak belajar. Dah la free. =)

Hari hari mendatang

Salam, Terasa sungguh bosan sekarang. MEmandangkan clinical rotation saya hanya akan bermula kira2 sebulan dari sekarang jadi tiada apa yang perlu dibuat. Tiada peperiksaan. Tiada kuliah maupun aktiviti kampus. Angkat sumpah Ko-Ass (Co-Assistant) sudah ditunda pada hari Khamis depan. Uhuhuhu. Sudah 2 kali ditunda kalau tak silap saya. Waah amat lambat. Tolonglah saya mahu Grad cepat.

Sekarang kami pelajar2 4th year seperti kanak2 riang Ribena bermain2 dan melangut. Oh, tak lupa juga ada yang tidak suka membuang masa mengulangkaji Totora. Tahniah diucapkan. Saya pun memang sepatutnya buat begitu. Wahaha.. Sungguh malas la awak ni.. JAngan malas boleh tak…Baik baik, saya tak malas lagi. Petang ni saya ada latihan Minor Surgery. Ayo Semangat. Wahaha

Memandangkan cuti ada sebulan saya pun mendaftar ke Gymnasium, siap ada personal trainer lagi. Wahaha. Apakah. Kata mau kurus. MAri2 kita menyihatkan badan. Sungguh best ke Gym dan saya rasa saya semakin fit. Ini ‘sewius’ (sila baca dengan gaya Ming Ming Wonderpets yg pelat ittew). Sebelum ni saya hanya ke aerobik sahaja. Tapi saya maukan kuasa yang lebih umpphh maka saya pun ke Gym. Sudah semakin ramai orang di Gym. Waah ini satu perkembangan yang sihat. Tapi Gym ni keluasan dia tak bertambah pun. Sempit lagi adalah. MAka sebab itulah saya akan ke Gym samada waktu pagi atau pun malam. KAlau petang wuhuhu..memang sungguh banyak kaum Adam di situ. Tak selesa la.Bukan membenci, tapi kurang selesa kalau ramai2 sgt2 ni.

Jadi waktu2 cuti ni la saya konon2 memantapkan lagi skill bowling dan ice skating saya. Wow amat menarik. Memang menarik, tapi apabila poket semakin menipis, itu bukan suatu benda yang menarik..hahaa. Sekali sekala boleh la kan..hehehe. Ok la. Malas nak membebel panjang..=)

24

Salam, Terima kasih semua yg wish. Baik di Facebook, texting and calling. Birthday saya pada 21 Mac kemarin.haha..baru hari ni nak buat entry..sungguh hampeh.. Saya terasa tua..hahaha. Tapi kata Geeta, we are younger in heart.. 120% agree.  Age is just a number..Thanx to Usrah mate main bowling sama2. LAin kali kita main lagi ok. Thanx to housemate yg bagi kek..kek tu sedap, haha and it really ruin my diet..hack..it just for one sweet day..Mbak lanie my ex-naqibah telefon nun jauh dari Kalimantan..waahaha..terharu2.Mbak Lanie roxx..=) My wishes on this 24th birthday is to have 090909 coming true ekekeke..and to be istiqamah in every single good deeds i do..iAllah.

Cheesecake for Anas

Salam,

Post ni khas utk adik saya Anas yg nak sangat recipe ni. Sebab hari tu waktu saya balik Malaysia untuk pertama kalinya saya berjaya membuat Cheesecake dan menjadi.. Suka Suka. Recipe ni saya ambil dari makcik Nigella kesayangan saya. Mari saya canangkan apakah bahan2 untuk recipe ini. Ianya amat sedap. Bak kata ibu saya, sikit lagi dah boleh sama dengan secret recipe.*hins *hins..amat bangga okey..Self esteem la bukan ujub.=)

london

INGREDIENTS

FOR THE BASE:
150g digestive biscuits
75g unsalted butter, melted or very soft
600g cream cheese
150g caster sugar
3 large eggs
3 large egg yolks
11/2 tablespoons vanilla extract
11/2 tablespoons lemon juice
20cm Springform tin
extra-strength tin foil


FOR THE TOPPING:
145ml tub sour cream
1 tablespoon caster sugar
1/2 teaspoon vanilla extract

Serving Size : Serves 8

Methods: (Baca betul2 sampai habis..Sebab takut salah step).

Memandangkan step bawah ni panjang sgt. Meh saya pendekkan. Panaskan oven 180C–>hancurkan biscuits dan campur butter–>letak dlm loyang 20 cm dan ratakan–>Masuk dalam peti sejuk–> Untuk batter: campurkan 600 g cream cheese+150g castor sugar+semua bahan2 utk base–>letak atas base yg biscuit tadi–>balutkan kat luar loyang dengan 2 keping aluminium foil (sbb nak jadikkan waterbath)–>letakkan loyang tadi atas waterbath yang diisi air yg didihkan (make sure baru je didihkan)–>letak dalam oven–>bake for 50 mins–> tunggu sejuk kejap baru letak adunan toppings (Yogurt+castor sugar+vanilla extract). Bake for another 10 mins..And VOILA siap sudah.

METHODS;

1. Process the biscuits until they are like crumbs, then add the butter and pulse again. Line the bottom of the Springform tin, pressing the biscuits in with your hands or the back of a spoon. Put the tin in the fridge to set, and preheat the oven to 180ºC/gas mark 4.
2. Line the outside of the chilled tin with strong foil so that it covers the bottom and sides in one large piece, and then do the same again and put it into a roasting dish. This will protect the cheesecake from the water as it is cooked in its water bath.

Beat the cream cheese gently until it’s smooth, then add the sugar. Beat in the eggs and egg yolks, then finally the vanilla and lemon juice. Put the kettle on.


4. Pour the cream-cheese filling into the chilled biscuit base, and then pour hot water from the recently boiled kettle into the roasting tin around the cheesecake. It should come about halfway up; don’t overfill as it will be difficult to lift up the tin. Put it into the oven and cook for.. 50 minutes. It should feel set, but not rigidly so: you just need to feel confident that when you pour the sour cream over, it will sit on the surface and not sink in. Whisk together the sour cream, sugar and vanilla for the topping and pour over the cheesecake. Put it back in the oven for a further 10 minutes.


5. Take the roasting tin out of the oven, then gingerly remove the Springform, unwrap it and stand it on a rack to cool. When it’s cooled down completely, put it in the fridge, removing it 20 minutes before eating to take the chill off. Unmould and when you cut into it, plunge a knife in hot water first.

Additional info dari saya:

1)Sebaiknya letakkan sekali lemon zest kat dalam batter tadi. Lebih sedap dan tidak memuakkan cheesecake.

2)Lepas masak mmg die jadik agak lembik sket. Sebab dia kena masuk dlm peti sejuk dulu about 20 mins before serve.

3)Jangan cari Cream cheese yang masin..Tak sedap ok

Ok.wordpress ni dah mula sengal. Sorry sbb tak kemas entry atas ni..(Eceh, mcm pernah kemas je..wahaha)..Nanti say update lagi

Bosan

Salam semua,

Seperti status di atas, saya bosan. wah baru balik 4 hari sudah bosan. Macam mana nak meneruskan hari2 dalam 2 minggu mendtang ni. huhu. Kenapa ya. Cerita di TV sudah bosan. Sebab suka ulang2 cerita yang sama. Cerita yang saya tak tengok lagi pula, bosan juga sebab tipikal. Cukup baca info cerita, sudah, saya malas nak tengok. Akhirnya dah 2-3 hari ni, saya asyik mencari resipi2 yang boleh saya cuba. Tengok lah esok lusa, saya nak cuba buat cheesecake.  Dan sekarang juga sedang cuba menghabiskan membaca buku ” For One More Day” dari Mitch Albom. Best. Ada juga komen saya dengar yang ia cerita membosankan. Tetapi pada saya tergantung individu. Kalau anda jenis family person mcm shaye   mungkin anda akan sukakannya. Oh ya mungkin minggu ni baru saya akan ke Melaka, balik kampung kemudian baru ke Johor. Hidup saya yang unik. Period. Malas mahu ulas. Kalau orang tanya saya orang mana, mesti saya jawab, orang Melaka, tapi duduk di K.L. close case.

Tadi saya tengok Awan Dania. Bosaaaaaaaaannn.Sebab saya dah tengok Attention Please terlebih dahulu, dan walaupun saya tau ada banyak yang komen kata, cerita kelakar, tapi pada saya tak pun. Bukan melebih lebihkan cerita Jepun itu, tapi lebih kepada kagum mereka dapat buat cerita yang tiada unsur cintan cintun tetapi masih memberi kesan  motivasi dan bersemngat. Lebih kepada akrab persahabatan gitu. Suka suka. Dan saya telah mempengaruhi Belle membeli cerita tersebut di Jakarta. hehehe.

Memandangkan emak saya tengah belajar bahasa Arab maka, secara tak langsung saya menjadi tutor tak bertauliah kejap mengajar Bahasa Arab.huhu..setakat apa yang saya ingat di sekolah lah. hehe. alhamdulillah, banyak juga yang saya masih ingat. Berkat dari Ustazah Jeriah dan Ustaz fuad.=). rasanya naik cuti ni saya nak masuk kelas Arab belajar balik Bahasa Arab. Mesti dan Wajib. Lughatul Arab ialah Lughatul Quran wa Lughatul Jannah.=)

Terserah deh

Sudah lama tidak update. Rasa seperti weekly diary pula. Baik. Mari saya ceritakan apa yang terjadi minggu lepas. Jadi secara garis kasarnya, saya ada OSCE Comprehensive. Kami panggilnya PBKK. Jadi PBKK ni sebenarnya menguji segala skills yang telah dipelajari dari Tahun 1 sampai Tahun 4. Saya sudah ceritakan sedikit pada entry lepas. Dan respon saya YA TERSERAH DEH mau ngapain. Gue udah lakuin yang terbaik menurut gue. Dah tak larat nak fikir. Redha sahaja.

Ada 5 stesyen semuanya.

Stesyen 1 saya ialah Clinical Reasoning. Alhamdulillah.Dapat case yang biasa belajar. Denggi Hemorrhagic Fever. nampak macam ok. Ok la kot ek.

Stesyen 2 ialah IPM( Integrated Patient Management), saya diagnose patient ada sakit TB (Tuberculosis). Alhamdulillah tepat. Tapi punyalah gabra, sampai terlupa nak beri education pada patient nasib baik Pak BAmbang Djarwoto tanya. Thanks Doc

Stesyen 3 ialah Emergency di mana saya dapat case “collapse patient with no breath and no pulse” maka termengah2 la saya pump manequin tu. Lepas tu dah bagi nafas ransang (initiated breathing) baru la pula nak pergi check pulse. Wahaha..apekah..Sepatutnya, saya kena periksa pulse dulu baru la bagi nafas ransang..uhuhu..Itu la, tak nak relaks..uhuhu..Dan nak dibuat cerita, apabila saya periksa ‘patient’ tu punya pulse and breathing, masih tak de lagi.. Saya terberi ekspresi “Apa. tiada nafas dan pulse” Wahaha..apakah reaksi itu. Iya lah selama ni, saya praktis, setelah buat CPR ada pulse dan breathing, al-maklumlah, bersangka baik la konon2, kalau PBKK mesti dia bagi yang lebih kurang mcam praktis..Macam Haram. Sila buangkan semua sangka baik tak bermanfaat itu. Sila think the wors case scenario. Kemudian dapat Endotracheal Tube Insertion. Yeay..sekali buat dah lepas, Alhamdulillah. Syukur.

Stesyen 4 saya ialah Minor Surgery. Adoii.. Ni dah tak reti nak komen apa dah. Tak terdaya. Seperti jawapan artis pula, no komen..hehehe.

Stesyen 5 ialah Baby Delivery..Suka suka..Saya suka Gynecology stesyen. Dr die amat baik. Plus, dapat baby delivery, jadi tak perlulah membebel panjang seperti Gynecology exam, dimana, waktu praktis saya selalunya 8-9 minit, membebel2 bagaimana gynecology exam dilakukan.uhuhu.. Tapi baby delivery saya hanya lakukan bagaimana nak sambut kelahiran bayi..hehehe..Chantekk.

Kesimpulannya, saya dah rasa lega sangat dah habis. Keputusan hanya Allah je mengetahui. Tak mampu nak predict. =)

Nota jari 1: Saya nak gi Sentosa Island dengan Queen B

Nota jari 2:Nak cheesecake K.Jueeeeeeeeeeeeee..hahaha..tiada kaitan sungguh la nota2 ni