Archive for June, 2009

A month is nothing

Maaf lama tidak update. Sebulan di Banyumas lagi. Stase Anak lagi. Memang rasa mcm nak kuburkan je blog ni. Tapi sebab dah janji dengan diri sendiri, blog ini bakal menyaksikan dan mencatatkan perjalanan hidup saya di Jogja ini. Hehe.. Lebai banget..

Alhamdulillah sudah hampir selesai Department Anak (paediatrics). Ternyata super melelahkan dan stress. Serius. Ada ke yang kata tak stress. Rasanya tak de kot. Setakat ni sumer orang berkata, stase Aak memang paling memenatkan. Residen pon cakap begitu. Kalau jadi residen Anak, nnt anak sendiri pun terabai, which is half true. Lagi pula kalau tidak pandai membahagi masa. Ermm, saya tiada komen, sbb saya belum kawin lagi.. Jadi pada saya, biasa saja. Biasalah sibuk, biasalah banyak kerja, biasalah makan tidur tak tetap..

Sebulan di Banyumas lebih bermakna bagi saya dari seminggu di RSUP Sarjito. Sungguh. Mari saya ceritakan sedikit gambaran tentang RSUD Banyumas. RSUD Banyumas letaknya kurang lebih 4 jam dari Jogja yang indah permai ini. RSUD Banyumas, tidak seperti RSUP Sardjito yang mempunyai semua perlengkapan canggih. Sebut lah apa saja, mesti ada di Sardjito, tapi tidak di Banyumas. Tapi dengan kekurangan ini, menyebabkan kita lebih sedar dan menghargai makna hidup. Setiap hari akan berjumpa pesakit yang tidak jelas apakah akhir penderitaannya. Mungkin datang dengan diare (diarrhoea) tapi boleh juga meninggal disebabkan perjalanan penyakitnya yang sangat lama, ditambah pula dengan sangat kurang pendidikan dari ibu bapanya. Sudah 5 hari diare, dan kejang baru ingin membawa anak ke hospital. Dan di Banyumas, Diare diiikuti Meningitis itu adalah sesuatu perkara yang biasa, di mana kalau saya tanya Residen di Sardjito, adakah sering terjadi Diare diikuti MEningitis, mereka akan menganggap saya bertanya soalan yang kelakar. Tak kelakar ok..

Tapi itulah Banyumas. Rasanya saya bukan sahaja belajar tentang teori perubatan semata. Tetapi realiti hidup. Realiti di mana terkadang wang adalah segalanya. Belajar erti ikhlas. Erti teliti dan menjadi seorang yang perfectionist. Kenapa saya kata begitu. Sebabnya

1) Kenapa saya kata wang adalah segalanya:

Sering kami berdepan dengan situasi di mana, pesakit adalah dari golongan kurang berada dan memang boleh dikatakan miskin sungguh. Samapai kalau saya nak tulis resit ubat, saya harus tanyakan ke farmasi, berapa harganya. Itu mungkin biasa sahaja, tapi kalau harganya cuma Rp 30, 000 (RM 10) dan saya harus tanyakan kepada pesakit apakah mampu dibeli atau tidak, mungkin kalian dapat gambaran betapa susahnya kehidupan di sana, dan berjuang untuk hidup.Sungguh. Dan juga ada dari kalangan mereka yang harus bayar separuh separuh disebabkan tiada duit. Terkadang tak sanggup nak lihat keresahan yang tergambar di wajah tatkala di beritakan yang duit ubat adalah sebanyak sekian dan sekian. Mungkin mereka terfikir dimana mau mencari duit sebanyak itu. Dalam hati saya sentiasa berdoa, moga Allah memudahkan perjalanan mereka. Sungguh.

2) Belajar erti ikhlas.

Pernah saya mengeluh begini kepada kawan saya ” Setelah ini, tolonglah jangan beri aku pesakit diare lagi..Malas.” Dan itu adalah gara2 pesakit itu hampir menumpahkan najisnya ke baju saya, sebab dia tak pakai pampers. Maklumlah, takkan lah nak tukar pampers setiap kali diare. Bukan sekali dua diare, tapi dekat 10 kali dalam 3 jam. Tapi setelah itu, saya duduk berteleku atas sejadah berfikir “Apakah makna aku berniat belajar kerana Allah, kalau aku masih mengucapkan kata2 itu. Bukankah itu masih dalam tanggungjawab aku. Astaghfirullahalazim. Walhal, itu adalah perkara remeh je. Dan pesakit itu pun masih kecil lagi, umur baru 1 tahun, apalah yang dia faham erti kotor dan ibunya juga masih dalam keadaan bingung kenapa anaknya masih diare tak berkesudahan. Sigh. Saya benci sangat diri saya waktu itu. Terlalu mementingkan diri sendiri.  Tapi it’s a lesson to be learnt and not to be forgotten.

3) Teliti dan perfectionist.

Jika anda kata perfectionist adalah orang yang egois, percayalah, anda salah. Kerana doktor harus perfectionist dan superteliti. Tidak boleh disangkal lagi. Dan itu adalah ciri utama yang harus ada pada seorang doktor. Sedikit salah, nyawa boleh melayang. =( . Awalnya, saya memang belum boleh memahami ciri yang satu ini. Sebab saya memang bukan seorang yang begitu. Perfectionist is definitely not me. I am so such a butterfinger, clumsy, and careless. Tapi sedikit demi sedikit saya berjaya mengurangi sifat2 itu.

Banyak yang saya belajar selama sebulan di Banyumas. Dan saya sangat suka Banyumas.=). Banyak kerja, tapi kurang stress. MAsih boleh ketawa ketiwi ga jelas.hehehe..ketuk2 3 kali keliling2 3 kali.hehehehe…=)))