Archive for July, 2009

CSI @ TKP

Salam,

Minggu ini bermula lah cycle saya di Medical Forensic. Sudah 3 hari sebenarnya di department ini. Kesimpulan setakat ini, sungguh mendera fizikal dan mental. Saya ingatkan cycle paediatric sudah cukup memenatkan, ternyata forensic lebih penat. Saya rasa lebih penat mungkin, sebab kes kes boleh datang tiba tiba, dan harus dengan segera ke tempat mayat (morgue) untuk di autopsi. Huhu, kalau jenazah tu datang pukul 3 atau 4 pagi, maka pukul 3-4 pagi itulah harus ke sana. Ok sangat penat dan jadual memang tidak teratur langsung. Sudah banyak kuliah batal sebab ada kes autopsi. Dan dengan pensyarah nya yang super busy memang tak terkendali lah jadual.

Setakat ini sudah 2 kes yang diautopsi.

Kes pertama :bayi yang dibunuh ibunya (sungguh kejam..huhu..malah, ibunya turut mengecam mayat, dan sebenarnya ibunya agak kurang waras la. Saya tak tega nak autopsi.Sungguh. Hanya mampu tengok je autopsi dilakukan. Dengan kepala retak, ada kesan cekik, huhu. Memang kesian lah. Umur dia baru 9 hari. Otak dia hancur.

Kes kedua: Mayat mutilasi. Mayat mutilasi ni maksudnya, bahagian2 badan diptotong terpisah.Kelmarin cuma diautopsi bahagian tangan dan kepala sahaja. Bahagian lain masa tu belum dijumpai. HAri ini baru jumpa bdan dan kaki. Wah wah wah..Ngeri super tahap tak tau la. Saya dan kawan2 malah jadi trauma kejap. Serius. Manusia apa la yang sanggup bunuh macam tu.

Dah setakat ni tu je kes. Esok ade kes baru lagi, bayi. Wah dah tak sanggup serius. Tak sanggup la tengok orang kena bunuh ni. Sungguh. Saya kalau nak ambil specialist, saya tak nak ambil MEdical Forensic. Tak kuat la nak tengok orang kena potong segala ni. Uhuhuhu

p/s: CSI kan Crime Scene Investigation kalau di Indonesia Tempat KEjadian PErkara.

Advertisements

My Amazing Zamm

Today is Zamm’s ‘merisik’ Day..Congratulation Zamm. I wish u the very best of luck in your future undertakings. So missing Zamm, but I really can’t go to Zamm’s place. Miss her so much. A friend I cherish since ASASI. Feel very happy for you my dear. Hope you and Ariff will last forever.Aminn

Crashing my Cravings

HAri ini saya nak masak ini..

udgCredits to tiffinbiru.blogspot.com

Terliur kan tengok..Saya lagi la dah lama terliur. Memang dah niat, kalau balik Msia baru nak masak. Dah hari ini, setelah membeli bahan2nya barulah saya nak masak. Muhuhuhu. Sila jangan jealouss.

Dah 2 hari balik Msia baru hari ini terasa mengisi hari dengan begitu produktif. Tak tahulah kenapa, bila balik Msia malas tahap tak tahu lah nak cakap apa. Mood rajin2 tu hanya akan datang bila dekat2 dah nak balik Indon balik baru lah rajin nak buat itu ini.

Hari ini sangat penat, konon2 ke Kedutaan Besar Indonesia nak perbaharui visa, sekali pak guard tu kata, “Hari ni tak boleh buat apa2 urusan sebab ada pilihanraya presiden.” wah, amat sangap ok. Yang menguruskan dokumen segala tu memang mengundi juga ke? Eh, tak rasanya, macam orang Malaysia. Tak ke? Ke saje2 nak tangguh2 kerja. Tak suka ok, tangguh2 kerja ni. Dan nampaknya kena buat esoklah nampaknya saya. Nak tunggu surat dari Universiti untuk buat Visa ni pun lembab. Boleh tak kalau kerja penting2 ni buat cepat dengan kadar sesegera mungkin. Pantang betul la tengok kerja senang dibuat susah, kerja cepat nak juga bertangguh2. Ish..Ok Maaf Emo sket.

Maka disebabkan itu, saya dengan tanpa bertangguh lagi, telah membeli semua barang2 yang tersenarai dalam senarai beli belah saya untuk dibawa pulang. Puas hati dapat semua barang. Muahaha. Lepas ni tinggal buat Visa dan Medical Check Up.=)