Siomay Kang Ujang

Tadi saya dan Belle Chan Jalan Jalan Cari Makan di Jakal. Ok amat tak sesuai guna kata jalan2 sebab kami naik motor. Saya dah lama sangat teringin nak makan di Siomay Kang Ujang ni kerana menurut sumber sumber yang boleh dipercayai mengatakan, ianya amat sedap dan hampir mirip dengan Siomay Kalimantan. Wah memang harus cuba. Dahlah Siomay antara makanan kegemaran saya. Hehs. Jadi tanpa berlengah lagi, terus saya SMS Belle chan dan ngedate di situ. Nasib baik tak ramai orang. Sebaik sahaja parking motor di situ, saya ters serbu tempat siomay tu. Hidangan dia memang lebih kurang kalau kita nak beli Yong Tau Fu. Pilih pilih nak makan apa, kemudian boleh pilih nak rebus ke nak goreng.

Btw, siomay ni kalau di deskripsikan seperti keropok lekor yang sedikit kenyal. Memang kenyal seperti gula gula getah..ok skema pulak. Bubble gums la maksud saya. Kemudian dihidangkan dengan kuah yang kacang yang sangat sedap. Sebenarnya menurut saya yang buat siomay tu sedap terletak pada kuahnya. Sedap kuahnya maka sedaplah siomay itu. Ok setelah mengambil beberapa ketul ok bukan beberapa tapi banyak ketul siomay, maka saya hantar ke tukang masak tu untuk digoreng. Selain dari Siomay, antara menu lain yang boleh ditambah seperti, kentang, telur, tauhu, dan kobis. Setelah digoreng, dituang kuah dia yang super lazat..And Bon Appetit. Nyum nyum sedap gila kot. Pada saya yang buat siomay tu sedap atau tidak, ialah kuah dia. Kalau sedap kuah dia, maka enak la Siomay tersebut. Tapi tadi makan Siomay tu sedap gila. Sedap sampai nak datang lagi. Sedap sampai boleh tambah tambah, Sedap sampai nak ajak semua sanak saudara makan di situ, Ok lebay (read:berlebihan) la plak.Pada saya sedap la, tapi mungkin kerana saya sangat suka Siomay.Siomay tu jadi lebih enak bila tadi makan panas2. Wowwiee.. terangkat habis.. haha..Dah la cuaca sejuk tadi.

Dan harganya pun berpatutan. Eh ayat macam MAria Tunku Sabri dalam Jalan2 cari Makan pulak. Tapi mereka kena lah letak harga berpatutan kan, sebab ini adalah kawasan pelajar. Eh, siap ada kawasan2 segala, ingat ni kawasan Yakuza ke apa. Eh korang tau ke Yakuza tu apa. Gi tanya En.Google. Oklah, have a try ya if u come to Indonesia. Eh aku tolong promote negara orang la plak. Apa kes. X de pon yang akan berterima kasih nanti. Ok bye.

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Posted by zamm on January 8, 2010 at 3:29 pm

    doyotttt! aku suka juga ini Siomay (haha baru aku tahu ejaan nya begini), aritu masa musim raya, one of manager kat ofis aku buat open house , isteri dia orang Indonesia , pastu ada Siomay nih!!! aku suka gilerrr (aku mmg suka kuah kacang dan mknn spt yong tau fu, hehe). cmpur telur dan kentang rebus mmg sedappp terangkat abes! haha

    nice entry tho. šŸ™‚

    Reply

  2. wahahaha..kan kan kan???mmg sedap..haha..terer gila isteri manager kau tu nak masak siomay..atau mungkin aku x pnah nak try recipe dia kot…hahaha..sekali cuba pasti nak lagi kan kan??glad u like it..=)

    Reply

  3. macam rojak pasembor penang pon ada gak gaya nya… perghh.. ni yg buat aku homesick ni. lebih2 lagi nak exam kan.. huhu~

    Reply

  4. huhu…gud luck love..i know u can do it..nnt hg nak bantai rojak pasembor habis habisan pon x pa..hehes…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: