Archive for the ‘Memoirs’ Category

One step at a time

Assalamualaikum,

Akhirnya, perkara yang saya amat geruni telah saya lakukan pada hari ini. Sebenarnya tak de lah rasa gerun sangat. Tapi erm..cuak juga kot. Ok, saya dah kasitau ibu kost, atau owner rumah yang saya duduki sekarang bahawa saya akan berpindah dan tak menetap lagi di sini. Saya perlukan perubahan. Perlu dengan sangat. Walaupun saya sangat sayang rumah ni, tapi this moving out thingy is for the best. I wan to make my final year here something I will remember for the rest of my life. Saya perlukan perubahan* berkata dengan penuh semangat*. Sudah lama saya berfikir perkara ini. Tapi baru sekarang saya dapat melaksanakannya. Banyak kebaikan jika dilihat dari sudut yang lain:

1)Sangat dekat dengan Hospital. Serius.5 minit jalan sudah sampai.  Jadi kalau saya balik oncall tengah2 malam x de la takut sangat. X dela saya suruh Nindi atau Belgis hantar saya balik.

2)Saya boleh jimat duit motor and duit letrik. Serius dengan sangat.

3)Usrah semakin dekaaat di hati…hehe.. x boleh la malas2 lagi, sebab usrah kat rumah sendiri…hahahaha…

4)peribadi…=))hehe

Oh…so can’t wait…tanggal 1 Februari nanti ye….eh mcm orang umum nak kawen plak…huhu

Graduation Day

On May 19 was my Graduation Day. But that is for theory graduation. So I haven’t finished my study yet (-_-”).  My parents were’nt coming. So, I ‘menumpang kasih’..wahahaha..dengan mak Nanie yang sangat comel. Graduation Day was held at Grha Sabha Pramina, and Alhamdulillah this year, the whole 2005 batch had graduated.

IMG_3696Pagi before ke Grha Sabha.

IMG_3707Sebelum masuk  Grha Sabha.

IMG_3720Kami wisudawati =)

IMG_3725dalam hall Grha Sabha

IMG_3728

Dari Kiri: David, saya, Nani, Stephanie

Sekarang hanya harus tumpukan perhatian pada clinical rotation saya. Sekarang dapat Cycle Pediatric, setelah itu cuti..yeayy..dan baru masuk MEdical Forensic. Doakan saya ya. =)


Alhamdulillah

Salam semua. Sorry for the very long silence. I was preparing for my minor surgery remedial which I passed it with flying colours. Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar doa hambanya yang bersungguh sungguh. Terima kasih kepada rakan2 yang lain yang beri dorongan dan semanagat.. Chewaah..Ayat macam nak bagi Salam Perantau je ape kes..hehe..

Mula2 saya sangat cuak. Sebab ia adalah minor surgery.. Satu kesilapan kecil anda boleh dihalau keluar. Tadi sempat saya jeling markah saya. Rasanya full marks.. Tak tau la kot mata saya ‘kero’ ke..ehehe. Alhamdulillah. Dr dia pon amat baik sangat. Sebenarnya tadi pagi saya sangat gelabah sebab tak dapat nak tengok video minor surgery Dr. Sunoko buat kali terakhir disebabkan komputer saya ada masalah nak baca CD tersebut. JAdi tanpa berlengah masa, terus saya jengah YouTube. Hahaha..Sebelum tu sempat lagi tengok Dari Mata Arisa.hhehe.  Setelah saya ‘search’ alat2 atau pun instrumen untuk dijahit barulah saya ke Skills Lab. 2 kali saya pergi toilet sbb nak kenc..(Weh tu pon nak citer ke..wahaha..pedulik ape)..

Kesimpulannya, malam ni saya boleh tidur dengan lena sekali..woot woot..=)

p/s: semalam saya tak boleh tidur.. Tumpang bilik Keri..ingt tido kejap je. Sekali terlama lah pulak. pagi2 Subuh baru gerak gi bilik saya semula. Huhuhu. Kesian Keri tidur atas lantai..Saya rasa bersalah sangat..huhu. Notes untuk diri sendiri..lain kali jgn tidur kat bilik orang..

Busy bee

Salam, Lewat kebelakangan ni saya agak sedikit busy. Konon la.hehehe. Mari kita lihat apa aktiviti saya selama cuti yang lebih kurang sebulan ni.

1) Gym with PT

2) Kelas Bahasa Arab

3) Swimming lesson

4) Praktis minor surgery

5) Study sebelum masuk KoAss..

Dan usrah seperti biasa, dan aktiviti2 bersama rakan2..Ok dah bizi ni. Tak leh update bebanyak.. Nanti2 ada masa saya update ok. Mungkin tentang gym dan PT training yang saya ambil. Till then tdl.

Hari hari mendatang

Salam, Terasa sungguh bosan sekarang. MEmandangkan clinical rotation saya hanya akan bermula kira2 sebulan dari sekarang jadi tiada apa yang perlu dibuat. Tiada peperiksaan. Tiada kuliah maupun aktiviti kampus. Angkat sumpah Ko-Ass (Co-Assistant) sudah ditunda pada hari Khamis depan. Uhuhuhu. Sudah 2 kali ditunda kalau tak silap saya. Waah amat lambat. Tolonglah saya mahu Grad cepat.

Sekarang kami pelajar2 4th year seperti kanak2 riang Ribena bermain2 dan melangut. Oh, tak lupa juga ada yang tidak suka membuang masa mengulangkaji Totora. Tahniah diucapkan. Saya pun memang sepatutnya buat begitu. Wahaha.. Sungguh malas la awak ni.. JAngan malas boleh tak…Baik baik, saya tak malas lagi. Petang ni saya ada latihan Minor Surgery. Ayo Semangat. Wahaha

Memandangkan cuti ada sebulan saya pun mendaftar ke Gymnasium, siap ada personal trainer lagi. Wahaha. Apakah. Kata mau kurus. MAri2 kita menyihatkan badan. Sungguh best ke Gym dan saya rasa saya semakin fit. Ini ‘sewius’ (sila baca dengan gaya Ming Ming Wonderpets yg pelat ittew). Sebelum ni saya hanya ke aerobik sahaja. Tapi saya maukan kuasa yang lebih umpphh maka saya pun ke Gym. Sudah semakin ramai orang di Gym. Waah ini satu perkembangan yang sihat. Tapi Gym ni keluasan dia tak bertambah pun. Sempit lagi adalah. MAka sebab itulah saya akan ke Gym samada waktu pagi atau pun malam. KAlau petang wuhuhu..memang sungguh banyak kaum Adam di situ. Tak selesa la.Bukan membenci, tapi kurang selesa kalau ramai2 sgt2 ni.

Jadi waktu2 cuti ni la saya konon2 memantapkan lagi skill bowling dan ice skating saya. Wow amat menarik. Memang menarik, tapi apabila poket semakin menipis, itu bukan suatu benda yang menarik..hahaa. Sekali sekala boleh la kan..hehehe. Ok la. Malas nak membebel panjang..=)

BB Plaza dan Saya Ep.1

Bila penat2 ni teringat saya suatu ketika dulu, saya pernah kerja sebagai ‘Assistant Salesgirl’ di Metrojaya Bukit Bintang. Waktu tu,saya baru tamat Tingkatan 5 dan macam biasa, untuk mengelakkan diri menjadi tidak produktif di rumah, maka saya pun bekerja. Sebenarnya idea nak kerja ni datang dari cousin saya lah, yang konon2 nak kerja kat X-Fresh la, kerja kat McDonalds lah( dulu belum boikot McD lagi) dan bermacam2 tempat lagi lah yang difikirkan sesuai. Sebenarnya jarak dari Bukit Bintang dengan rumah saya amat jauh lah ye. Memandangkan saya naik bas ke tempat kerja, maka waktu yang diperlukan ialah 1 jam 30 minit. Kerja ni pun, bapa saudara saya yang carikkan. Punya lah baik siap tolong carikkan lagi. hehehe. Thanks Pak Ngah. Walaupun jauh, saya kerja sahaja, sbb masa tu nak sangat belajar kereta (saya bayar sendiri ok!) dan mahu kill the boredomness of living at home doing nothing but a potato couch instead. Jadi, nak tak nak, jauh tak jauh saya ambil je.

Interview. Masa awal2 tu, biasalah kena interview dulu. Saya ditanyakan, nak department apa, memandangkan ada 2 department memang kosong, satu department kanak2 punya baju, satu lagi department wanita (sila, jgn bygkan kain dlm tah hape2 tu ye..Mmg bukan.Itu department lain.) Jadi saya pun diberikan department wanita. Masa awal2 kerja tu rasa macam aneh, outsider nak mampus pun ada. Tapi saya bernasib baik, sbb bukan saya seorang sahaja yang apply di situ. Dah ada batch pertama (ewah ada batch2 pula) iaitu, Gina, Ain, dan Farah. Mereka ni macam Charlie’s Angels la pulak. ngehehe. Dan batch kedua ialah, Saya, Shukri, Faizal, Epul dan Misya. Semua best2 dan sangat kelakar.

Jadi brand yang saya jaga ialah Jenama X (Maaf nama dirahsiakan..ngehehe.) Supervisor saya waktu tu ialah Kak Suzanne. Nama dia Kak Suzana. Saje je panggil Kak Suzanne. Kak Suzanne ni mmg baik lah. Bising2 sket,tapi baik hati. Kemudian ‘partner in crime’ saya ialah Gina. Sebenarnya Gina ni adalah anak sedara one of the big boss kat situ. Jadi tugas2 kami ialah susun baju, gantung baju *yawn* seterika baju *yawn*. Cek code baju. Kemas2 store shaye la tu slalunya..Gina lari mana tah Bukan senang sebenarnya buat semua ni, sebab semuanya memang memerlukan teknik berlainan. Bukan macam cara kita biasa gantung dan gosok baju di rumah. Ataupun susun mengikut sesuka hati.

Jam kerja. Ada 2 shift iaitu shift pagi dari jam 10-jam 8 (saya kurang ingat) dan shift petang dari jam 12 hingga jam 10 malam. Penat memang penat lah. Tak tipu, tapi bab dapat gaji memang best. Basic salary ialah RM600, itu belum termasuk OT, dan elaun2. Sikit kan??? Sebenarnya gaji tu dikira berdasarkan kelulusan, dan kelulusan saya waktu itu ialah PMR sahaja lah, memandangkan rsult SPM belum keluar lagi. Sebenarnya lagi untung kalau anda ialah akauntan ataupun cashier, sebab dapat extra RM 200. Kira macam insentif la untuk tidak melakukan kesalahan atau kekurangan wang sewaktu kiraan, sebab kalau ada kurang nanti ditolak dari RM 200 ni. Tapi berapa sangat lah kurang pun, memandangkan mesin  je yang slalu kira lah kan..huhu. Dan wang gaji dimasukkan 2 kali sebulan iaitu RM 300 pada setengah bulan pertam dan selebihnya, termasuk elaun2 dan OT pada setengah bulan kedua. Dari sini lah saya belajar tentang caruman KWSP dan SOSCO. Semua wang gaji tersebut dimasukkan ke akaun Maybank

ok lah, nanti saya sambung lagi ye. Ada banyak nak cerita ni. Nasib baik kat sini tak boleh dengar suara. KAlau tak, anda mesti kata saya ni pot pet pot pet..hikhik