Archive for the ‘myself and i’ Category

Alhamdulillah

Salam semua. Sorry for the very long silence. I was preparing for my minor surgery remedial which I passed it with flying colours. Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar doa hambanya yang bersungguh sungguh. Terima kasih kepada rakan2 yang lain yang beri dorongan dan semanagat.. Chewaah..Ayat macam nak bagi Salam Perantau je ape kes..hehe..

Mula2 saya sangat cuak. Sebab ia adalah minor surgery.. Satu kesilapan kecil anda boleh dihalau keluar. Tadi sempat saya jeling markah saya. Rasanya full marks.. Tak tau la kot mata saya ‘kero’ ke..ehehe. Alhamdulillah. Dr dia pon amat baik sangat. Sebenarnya tadi pagi saya sangat gelabah sebab tak dapat nak tengok video minor surgery Dr. Sunoko buat kali terakhir disebabkan komputer saya ada masalah nak baca CD tersebut. JAdi tanpa berlengah masa, terus saya jengah YouTube. Hahaha..Sebelum tu sempat lagi tengok Dari Mata Arisa.hhehe.  Setelah saya ‘search’ alat2 atau pun instrumen untuk dijahit barulah saya ke Skills Lab. 2 kali saya pergi toilet sbb nak kenc..(Weh tu pon nak citer ke..wahaha..pedulik ape)..

Kesimpulannya, malam ni saya boleh tidur dengan lena sekali..woot woot..=)

p/s: semalam saya tak boleh tidur.. Tumpang bilik Keri..ingt tido kejap je. Sekali terlama lah pulak. pagi2 Subuh baru gerak gi bilik saya semula. Huhuhu. Kesian Keri tidur atas lantai..Saya rasa bersalah sangat..huhu. Notes untuk diri sendiri..lain kali jgn tidur kat bilik orang..

Busy bee

Salam, Lewat kebelakangan ni saya agak sedikit busy. Konon la.hehehe. Mari kita lihat apa aktiviti saya selama cuti yang lebih kurang sebulan ni.

1) Gym with PT

2) Kelas Bahasa Arab

3) Swimming lesson

4) Praktis minor surgery

5) Study sebelum masuk KoAss..

Dan usrah seperti biasa, dan aktiviti2 bersama rakan2..Ok dah bizi ni. Tak leh update bebanyak.. Nanti2 ada masa saya update ok. Mungkin tentang gym dan PT training yang saya ambil. Till then tdl.

Hari hari mendatang

Salam, Terasa sungguh bosan sekarang. MEmandangkan clinical rotation saya hanya akan bermula kira2 sebulan dari sekarang jadi tiada apa yang perlu dibuat. Tiada peperiksaan. Tiada kuliah maupun aktiviti kampus. Angkat sumpah Ko-Ass (Co-Assistant) sudah ditunda pada hari Khamis depan. Uhuhuhu. Sudah 2 kali ditunda kalau tak silap saya. Waah amat lambat. Tolonglah saya mahu Grad cepat.

Sekarang kami pelajar2 4th year seperti kanak2 riang Ribena bermain2 dan melangut. Oh, tak lupa juga ada yang tidak suka membuang masa mengulangkaji Totora. Tahniah diucapkan. Saya pun memang sepatutnya buat begitu. Wahaha.. Sungguh malas la awak ni.. JAngan malas boleh tak…Baik baik, saya tak malas lagi. Petang ni saya ada latihan Minor Surgery. Ayo Semangat. Wahaha

Memandangkan cuti ada sebulan saya pun mendaftar ke Gymnasium, siap ada personal trainer lagi. Wahaha. Apakah. Kata mau kurus. MAri2 kita menyihatkan badan. Sungguh best ke Gym dan saya rasa saya semakin fit. Ini ‘sewius’ (sila baca dengan gaya Ming Ming Wonderpets yg pelat ittew). Sebelum ni saya hanya ke aerobik sahaja. Tapi saya maukan kuasa yang lebih umpphh maka saya pun ke Gym. Sudah semakin ramai orang di Gym. Waah ini satu perkembangan yang sihat. Tapi Gym ni keluasan dia tak bertambah pun. Sempit lagi adalah. MAka sebab itulah saya akan ke Gym samada waktu pagi atau pun malam. KAlau petang wuhuhu..memang sungguh banyak kaum Adam di situ. Tak selesa la.Bukan membenci, tapi kurang selesa kalau ramai2 sgt2 ni.

Jadi waktu2 cuti ni la saya konon2 memantapkan lagi skill bowling dan ice skating saya. Wow amat menarik. Memang menarik, tapi apabila poket semakin menipis, itu bukan suatu benda yang menarik..hahaa. Sekali sekala boleh la kan..hehehe. Ok la. Malas nak membebel panjang..=)

24

Salam, Terima kasih semua yg wish. Baik di Facebook, texting and calling. Birthday saya pada 21 Mac kemarin.haha..baru hari ni nak buat entry..sungguh hampeh.. Saya terasa tua..hahaha. Tapi kata Geeta, we are younger in heart.. 120% agree.  Age is just a number..Thanx to Usrah mate main bowling sama2. LAin kali kita main lagi ok. Thanx to housemate yg bagi kek..kek tu sedap, haha and it really ruin my diet..hack..it just for one sweet day..Mbak lanie my ex-naqibah telefon nun jauh dari Kalimantan..waahaha..terharu2.Mbak Lanie roxx..=) My wishes on this 24th birthday is to have 090909 coming true ekekeke..and to be istiqamah in every single good deeds i do..iAllah.

Bosan

Salam semua,

Seperti status di atas, saya bosan. wah baru balik 4 hari sudah bosan. Macam mana nak meneruskan hari2 dalam 2 minggu mendtang ni. huhu. Kenapa ya. Cerita di TV sudah bosan. Sebab suka ulang2 cerita yang sama. Cerita yang saya tak tengok lagi pula, bosan juga sebab tipikal. Cukup baca info cerita, sudah, saya malas nak tengok. Akhirnya dah 2-3 hari ni, saya asyik mencari resipi2 yang boleh saya cuba. Tengok lah esok lusa, saya nak cuba buat cheesecake.  Dan sekarang juga sedang cuba menghabiskan membaca buku ” For One More Day” dari Mitch Albom. Best. Ada juga komen saya dengar yang ia cerita membosankan. Tetapi pada saya tergantung individu. Kalau anda jenis family person mcm shaye   mungkin anda akan sukakannya. Oh ya mungkin minggu ni baru saya akan ke Melaka, balik kampung kemudian baru ke Johor. Hidup saya yang unik. Period. Malas mahu ulas. Kalau orang tanya saya orang mana, mesti saya jawab, orang Melaka, tapi duduk di K.L. close case.

Tadi saya tengok Awan Dania. Bosaaaaaaaaannn.Sebab saya dah tengok Attention Please terlebih dahulu, dan walaupun saya tau ada banyak yang komen kata, cerita kelakar, tapi pada saya tak pun. Bukan melebih lebihkan cerita Jepun itu, tapi lebih kepada kagum mereka dapat buat cerita yang tiada unsur cintan cintun tetapi masih memberi kesan  motivasi dan bersemngat. Lebih kepada akrab persahabatan gitu. Suka suka. Dan saya telah mempengaruhi Belle membeli cerita tersebut di Jakarta. hehehe.

Memandangkan emak saya tengah belajar bahasa Arab maka, secara tak langsung saya menjadi tutor tak bertauliah kejap mengajar Bahasa Arab.huhu..setakat apa yang saya ingat di sekolah lah. hehe. alhamdulillah, banyak juga yang saya masih ingat. Berkat dari Ustazah Jeriah dan Ustaz fuad.=). rasanya naik cuti ni saya nak masuk kelas Arab belajar balik Bahasa Arab. Mesti dan Wajib. Lughatul Arab ialah Lughatul Quran wa Lughatul Jannah.=)