Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Ohaiiyyoo….

Hari ni banguun sangat awal ok!. Pukul 2 saya dah bangun, solat jap…pastu terasa masih ngantuk..ape lagi, browse internet la saya. Since pagi2 ni internet masih laju. hehs..sambil blajar DV..DV susah la..huhu..Then masa tgh browse2 internet..dapat benda comell ni..Comel gile ok si Nina ni..hehs..Cho Kawaii des..ok mari tgk2 sambil hilang ngantuks k..=).Nina ni mix .Ayah dia omputih, mak dia Japanese. So dia boleh cakap 2-2 bahasa. tp rasanya dia more to Japanese language kot..hehe

M@rI b3reN@ng

Pheww..what a day. Penat sangat sebab baru balik dari kelas swimming and Amplaz( Ambarukmo Plaza). HAri ini ialah kali ke-2 saya belajar berenang dengan Mak Tuti di Depok Sports Center. Dan saya telah berjaya mengajak Belle dan Aini ke kelas swimming. hehehe. Overall ok la. Saya dah berani belajar di tempat dalam. Ok itu satu improvement yang baik. Kemudian, saya juga sudah boleh buat ‘freestyle’ dan ‘breast stroke’. Tapi tang yang ‘back stroke’  tu, adoii memang susah giler la. Air asyik masuk hidung je. Ni dah selsema dah ni.uhuhu. Menurut instructor saya, berlatih sekurang kurangnya 3 kali seminggu baru lah tak rasa penat dan memang rasa senang je. Ok di bawah ni saya dah attach video yang saya rasa ok la kot untuk beginners. Sebenarnya yang penting ialah relax. Ok selamat mencuba.=)

Hari Terakhir

Hari ni ialah hari terakhir kuliah kami bagi tahun ke 4 kerana selepas ini iAllah kami akan masuk ke alam KoAss (co-Assistant) atau doktor muda. Selepas ini tiada lagi istilah ‘tuang’ kelas, tandatangan attendance, apatah lagi reprimand letter kerana tidak hadir kuliah. Rindu. Sudah pasti. Kerana selepas ini corak belajar di hospital sangat berlainan. Tiada lagi istilah Inter-Inter, Regular-Regular kerana selepas ini, kelompok belajar akan digabungkan bersama untuk kedua-2 program. Sudah bersediakah saya??Mesti la beloooommm..Wat pe tanye.uhuhu..

Dan semalam, kami dikejutkan dengan berita Pak Nugroho meninggal dunia di Holland keran CKD( Chronic Kidney Disease). Amat sedih, sebab beliau memang merupakan antara favourite lecturer kerana perwatakan beliau yang amat baik dan ramah. Tadi Pak Haripurnomo juga kata begitu. Pak Hari kata, Dr Oho merupakan assistant dan student dia yang terbaik. Pada umur 36 tahun beliau pergi meninggalkan kita. Jenazah beliau akan tiba mungkin hari Rabu atau Khamis pagi kalau tak silap. Sungguh, kehilangan beliau tiada ganti. Susah nak cari Dr sebaik beliau.

Usaha usaha usaha

Hari ni terasa amat super duper penat dan sangat sakit belakang. Hari ini jadual saya sungguh padat. Bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi kuliah 2 disambung pula dengan guest lecturer dari Semarang selama 2 jam sampai jam 12 tengahari. Perut saya waktu tu dah bertarakuca tak hengat punya. Pagi tadi sempat minum beberapa teguk cereal je. huhuhu. Nasib baik tak hypoglycemic.wahaha. Exaggerate la pulak. Kemudian skills lab dari jam 1-4.30 petang. Mmuahaha. Letih sangat sekarang. Banyak kerja pula tu. Ada laporan nak disiapkan, ada nota2 yang perlu diulangkaji beberapa kali lagi. Sudah cukup membuatkan saya bizi sebenarnya. Hari ini tanggal 23 Januari, tepat tarikh 23 Februari bulan depan akan bermulalah ‘battle of the skills’ ataupun OSCE Comprehensive yang merangkumi hampir semua skills lab yang dah dipelajari. Ada lebih kurang 10 jenis skills lab yang dikenalpasti berpotensi untuk keluar adalah seperti berikut:

  • Gynecological exam
  • ENT
  • Bandage and Splint
  • IUD and IMPLANT
  • CPR
  • ET(Endotracheal tube)
  • Minor Surgery
  • Catheterization
  • Baby Delivery
  • IPM (Integrated Patient Management)

Err..sikit anda kata. Itu baru ibu topik belum jenis2 penyakit yang masuk. Adalah dalam 20 jenis. Itupun yang common atau biasa. Belum yang luar biasa.  Alhamdulillah banyak juga dah belajar dan buat latihan, cuma 1-2 skills yang belum. Waah..semangat ya Doy2. Doakan saya ya.  Ngee.

Macam ni lah..Saya tgh tiada mood berblog..jadi x yah la dtg jenguk blog ni lagi..buat penat click je..nnt kalo saya ade mood ceria terlampau nnt saya update..=)